Cannavaro Batal Dapatkan Rooney Kerana Taktikal, Lebih Berminat Dengan Aubameyang Atau Kalinic

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Tersebar berita tentang kemungkinan besar Wayne Rooney akan ke China. Ini selepas Rooney dikatakan telah dibida oleh beberapa kelab dengan nilai yang agak tinggi.

Baru-baru ini, Rio Ferdinand menyatakan beliau menjangkakan Rooney akan ke China namun hanya selepas United menjulang Piala EFL pada hujung minggu ini.

Masa depan Rooney di Old Trafford dilihat sudah berakhir. Namun beliau sudah pun menjadi antara lagenda yang terhebat sepanjang zaman dengan mengatasi Sir Bobby Charlton sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Antara kelab yang dikaitkan dengan Rooney adalah Tianjin Quanjian yang diuruskan oleh Fabio Cannavaro.

Tianjin Quanjian turut dikaitkan dengan ramai pemain termasuk Kalinic dan Aubameyang.

Namun Cannavaro tampil dengan kenyataan seperti berikut:

“Saya akui, kami pernah menghubungi Wayne Rooney, kami ada berbual-bual.”

“Namun, selepas menilai, Wayne Rooney tidak sesuai dengan corak permainan kami. Jadi kami melupakan hasrat untuk mendapatkan beliau.”

“Tidak ada perbincangan lebih daripada itu. Rasanya, saya lebih banyak bercakap dengan Aubameyang berbanding dengan Rooney.”

“Namun pihak Dortmund menyatakan Aubameyang bukan untuk dijual. Mereka perlukan Aubameyang untuk menghadapi kempen UCL.”

“Sasaran utama kami adalah Kalinic. Namun sangat sukar untuk mendapatkan khidmat beliau. Kami dalam dilema untuk mencari penyerang baru.”

“Saya akan berbincang dengan pengarah kelab ini tentang hal ini.”

Namun ini tidak bermakna Wayne Rooney tidak berpotensi ke China. Ini kerana masih banyak kelab di sana yang mahukan khidmat beliau.

Untuk beliau pergi ke China dalam masa terdekat ini agak mustahil kerana jendela perpindahan Chinese Super League adalah 26 Februari ini.

Musim baru akan bermula pada awal Mac ini.

Dalam perkembangan yang lain, Mourinho melahirkan keresahan beliau tentang potensi untuk tidak dapat menurunkan Rooney pada final Piala EFL.

Ini kerana Wayne Rooney dikatakan telah melakukan pembedahan kecemasan untuk gusi beliau.

Baca juga: Weigang & Perak Berpisah: Apa Reaksi Pembaca Semuanya BOLA?