Calvert-Lewin: Mimpi Jadi Kenyataan Dapat Jaringkan Gol Pada ‘Debut’ England

Calvert-Lewin England

Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin menganggap kejayaannya menjaringkan gol pada penampilan sulung bersama skuad kebangsaan England bagai satu mimpi yang menjadi kenyataan.

Pemain berusia 23 tahun itu meneruskan kecemerlangannya dalam merobek gawang pasukan lawan apabila berjaya menanduk masuk bola hasil hantaran menarik dilakukan Jack Grealish bagi membuka tirai jaringan pada minit ke-26.

Jaringan tersebut juga merupakan koleksi gol ke-10 peribadi yang diledakkan oleh pemain kelahiran Sheffield itu sejak bermulanya musim baharu selepas sebelum ini beliau menjaringkan enam gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris dan tiga gol lagi ketika saingan Piala Carabao.

”Benar-benar [merupakan debut impian]. Sayang sekali kerana tiada penyokong di sini [Stadium Wembley] untuk meraikannya dan keluarga saya juga tiada di sini.”

”Ia sedikit pahit untuk ditelan tetapi dapat menjaringkan gol pada penampilan sulung saya sememangnya impian yang menjadi kenyataan.”

”Saya telah bekerja keras untuk mendapatkan peluang ini, ia terasa seperti satu perjalanan panjang tetapi saya sangat gembira untuk berada di sini dan mendapat peluang serta menjaringkan gol,” ujar Calvert-Lewin menurut laporan Goal.

Selain Calvert-Lewin, Danny Ings dan Conor Coady turut berjaya menghasilkan jaringan sulung dalam karier antarabangsa mereka sekali gus telah membantu England menundukkan Wales 3-0 itu.

England yang dibimbing Gareth Southgate bakal berdepan laluan sukar pada Isnin hadapan apabila akan melayani kunjungan pasukan nombor satu dunia, Belgium dalam kempen UEFA Nations League 2020. Berselang tiga hari kemudian di gelanggang yang sama, The Three Lions akan menanti pula cabaran daripada Denmark.

Ini nyata peluang terbaik buat Calvert-Lewin untuk terus membuktikan kemampuannya dan dalam masa yang sama untuk mencuri hati Southgate.

Kredit featured image: Nick Potts – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Dominic Calvert-Lewin:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN