Calon Inggeris vs Calon Asing: Siapa Yang Perlu England FA Lantik Ganti Hodgson?

Selepas rakyat England disajikan dengan persembahan buruk oleh skuad bola sepaknya ketika Piala Eropah 2016, ketua jurulatih England Roy Hodgson mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatannya.

Perletakan jawatan Hodgson dilakukan sejurus selepas kekalahan 1-2 England kepada Iceland dalam perlawanan 16 pasukan terbaik, ketika sidang media.

Media menyifatkan kekalahan ini adalah yang terburuk dalam sejarah bola sepak Inggeris sejak kalah kepada pemain-pemain amatur Amerika Syarikat semasa Piala Dunia 1950.

Kini FA England sedang giat mencari pengganti Hodgson. Persoalannya: siapa calon-calonnya?

Jawatan impian ramai

Disebalik tekanan yang bakal dihadapi oleh pengganti Hodgson, pengerusi FA England, Greg Dykes tetap mempertahankan premis bahawa jawatan ketua jurulatih England adalah antara jawatan impian ramai jurulatih di dunia.

Namun Dykes memberitahu The Guardian, calon-calon pengganti Hogdson perlulah benar-benar faham dengan bola sepak Inggeris.

“Kami berjanji akan melantik orang yang terbaik pada kali ini,” tambah Dykes lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif FA England, Glenn Martin (gambar bawah), memberitahu apa yang pegawai-pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berani beritahu di media:

“Saya bukan pakar bola sepak. Oleh sebab itu dalam hal memilih ketua jurulatih England yang baru ini, saya akan dibantu oleh orang yang lebih pakar.”

‘Orang yang lebih pakar’ yang dimaksudkan oleh Martin adalah Dan Ashworth dan David Gill.

Dan Ashworth merupakan Pengarah Teknikal FA dan bekas pemain profesional.

David Gill (gambar bawah) pula wajib dikenali oleh setiap peminat Manchester United.

Kini berkhidmat sebagai Naib Pengerusi FA dan ahli lembaga pengarah FIFA Council, Gill pernah berkhidmat untuk Manchester United ketika era keemasan Sir Alex Ferguson sebagai Pengarah Kewangan dan Ketua Pengarah Eksekutif.

35C1C7C800000578-0-image-a-2_1467143278433

Sam Allardyce dahului calon lain

Bercakap mengenai calon pengganti Hodgson, akhbar Independent melaporkan Sunderland sudahpun menghubungi David Moyes sebagai calon untuk mengemudi pasukan tersebut pada musim baru.

Ini sekaligus menguatkan dakwaan bahawa Sam Allaryce (gambar bawah) hampir pasti menjadi ketua jurulatih baru skuad the Three Lions.

Plot sama FA England?

Jika berita Sam Allardyce bakal menjadi ketua jurulatih baru England menjadi kenyataan, jawatankuasa pemilihan yang dianggotai Martin, Ashworth dan Gill boleh dianggap gagal mengubah trend FA England sebelum ini.

Beberapa minggu lalu, mereka dikaitkan dengan Jurgen Klinsmann. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Klinsmann menawarkan diri untuk ditemuduga oleh FA England.

FA England juga dilaporkan oleh media telah bersetuju untuk menemuduga Klinsmann.

Bagaimanapun sehingga kini, masih belum ada apa-apa perkembangan tentang berita ini.

Selain Klinsmann dan Allardyce, Gary Southgate, Steve Bruce dan Arsene Wenger turut berada dalam radar FA England.

Southgate yang kini mengurus skuad bawah-21 England dilaporkan hanya berminat dengan jawatan ini atas kapasiti interim sahaja.

Pengurus Arsenal, Wenger pula hanya berminat selepas kontraknya bersama Arsenal tamat.

Berdasarkan senarai calon, FA England mungkin boleh dituduh bersikap ego kerana masih kurangnya calon bukan Inggeris.

Mungkin kata-kata Martin Glenn yang menetapkan bahawa FA England mahukan jurulatih yang ‘faham akan bolasepak Inggeris’ adalah isyarat jurulatih seterusnya adalah orang Inggeris ataupun pengurus yang pernah atau sedang berkhidmat dalam Liga Inggeris.

England pernah melantik Fabio Capello sebagai jurulatih asing kedua dalam sejarah bola sepak England.

Namun selepas Capello melepaskan jawatan, mereka kembali dengan sentimen Inggeris untuk melantik Roy Hodgson.

Apa pencapaian Hodgson yang membuatkan beliau dilantik?

Hodgson mungkin dilantik oleh FA England kerana pencapaian hebatnya bersama Fulham dalam kempen Europa League pada musim 2009/2010. T

Tetapi perlu diingat, Liverpool juga pernah melantik Hodgson atas sebab yang sama (kebolehannya mengemudi Fulham hingga ke final Europa League 2009/2010).

Dan beliau gagal.

Liga Inggeris Adalah Paltform Lebih Baik Musim Hadapan

Lihat sendiri Premier League. Dalam liga yang penuh glamor ini, pengurus-pengurus berbangsa Inggeris merupakan nama paling banyak mengisi berita-berita perlantikan dan pemecatan yang tiada kesudahannya.

Mereka juga ibarat menjadi kitaran dalam dunia pecat dan lantik.

England memerlukan jurulatih yang ada falsafah bolasepak yang utuh. Ini kerana mereka memiliki gedung bakat muda yang sangat besar dengan struktur liga bolasepak mereka.

Jurulatih muda Inggeris yang sentiasa membawa idea baru seperti Eddie Howe perlu disokong.

Lihatlah apa yang beliau lakukan di Bournemouth jika kita mengambil kira falsafah bola sepaknya yang menarik dan limitasi bajet tahunannya, ia sesuatu yang sangat mengagumkan.

 

Tetapi untuk jangka masa pendek, England perlu lebih berani menerima idea bola sepak dari jurulatih asing.

Ketiadaan idea taktikal untuk memecah benteng Iceland adalah antara kelemahan ketara Hodgson dan majoriti ketua jurulatih keluaran FA England.

Buat masa ini, Engalnd tak perlu terburu-buru untuk melantik ketua jurulatih baru.

Jadi jika anda berada di kerusi jawatankuasa pemilihan seperti Glenn Martin, David Gill dan Dan Ashworth, siapa pula calon yang anda pilih dan mengapa?

Baca juga: 5 Sebab Kegagalan England Dalam Piala Eropah 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN