Callum Hudson-Odoi: Saya Suka Jika Jadon Sancho Ke Chelsea

Kerjasama Semuanya BOLA

Jadon Sancho

Pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi mengakui beliau sememangnya amat menyukai sekiranya pemain rebutan ramai, Jadon Sancho dapat menyertai Chelsea.

Aksi menarik dipamerkan Sancho dalan saingan Bundesliga dan Liga Juara-Juara Eropah telah menarik minat banyak kelab Eropah termasuklah Chelsea bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu.

Sehubungan dengan itu, Odoi turut berkongsikan betapa akrabnya beliau dengan Sancho yang sudah beraksi bersama ketika menyarung jersi England di peringkat remaja.

”Saya dan Sancho memang sangat rapat, kami bercakap pada setiap hari, sentiasa mengambil berat keadaan antara satu sama lain dan apa yang dilakukan oleh kami.”

”Kami akan memastikan kami berdua melakukan dengan cukup baik, jelas dia melakukannya dengan luar biasa dan menikmati satu musim yang hebat,” ujar Odoi menurut laporan Goal.

Embed from Getty Images

”Kami selalu memastikan masing-masing dapat melakukan dengan baik. Ternyata dia adalah pemain yang hebat, saya suka bermain bersamanya. Dia adalah pemain hebat untuk beraksi dengannya.”

”Untuk England juga, kami telah beraksi bersama dari peringkat usia remaja lagi, jadi hubungan itu sudah pun wujud.”

”Kadangkala saya turut berhadapan dengannya di perlawanan Piala Remaja atau kami beraksi bersama untuk England, jadi hubungan itu sudah lama terjalin dan kami turut suka beraksi bersama antara satu sama lain.”

”Saya tidak tahu [jika Sancho ke Chelsea]. Sudah pasti, saya akan menyukainya jika dia datang ke Chelsea,” ujar Callum Hudson-Odoi lagi.

Ketika saingan Bundesliga 2019/20 masih berbaki sembilan perlawanan dan Borussia Dortmund menghuni tangga kedua, Jadon Sancho telah menjaringkan 14 gol dalam 23 penampilannya.

Kredit foto: Catherine Ivill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jadon Sancho:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram