Cadangan Tun Wenger Adakan Piala Dunia Secara Dwitahunan Ditolak

Arsene Wenger

Adakah ini sebenarnya satu cadangan yang baik atau ia lebih kepada menambah garam di luka?

Mantan pengurus Arsenal, Arsene Wenger mencadangkan agar saingan Piala Dunia diadakan setiap dua tahun sekali atau dwitahunan.

Wenger yang kini menjadi Pengarah Pembangunan FIFA mencadangkan agar Piala Dunia diadakan secara dwitahunan dengan harapan ianya mewujudkan sebuah pertandingan yang “mudah difahami” serta tidak mempunyai niat untuk “membuat duit” dibelakangnya.

Namun begitu, cadangan itu tidak diterima dengan baik oleh pihak kelab terutamanya di Eropah.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin membantah idea ini dengan menganggap Piala Dunia akan hilang seri akibat cadangan Wenger itu.

“Apa yang membuatkan Piala Dunia itu cukup bermakna kerana jarak masanya [diadakan setiap empat tahun]. Jika diadakan terlalu kerap, ianya membuatkan kejohanan ini hilang seri.”

Tambah Ceferin lagi, tidak perlu untuk pemain ditambah beban mereka dengan terpaksa menghabiskan cuti musim panas dengan beraksi di kejohanan antarabangsa.

Selain Ceferin, pemilik Paris Saint-Germain iaitu Nasser Al-Khelaifi turut berkongsi nada yang sama.

Beliau yang juga pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Eropah (ECA) mahu pendekatan yang jujur diadakan supaya isu ini boleh diuruskan dengan baik.

Hal ini kerana, cadangan Wenger ini mengancam lebih banyak kesihatan dan kebajikan pemain dek kerana jadual yang sudah terlalu padat ketika ini.

Apa yang Tun Wenger cadangkan?

Wenger mencadangkan agar kejohanan antarabangsa diadakan secara lebih terus (direct) melibatkan pusingan kelayakan dan peringkat akhir.

Cadangan beliau adalah seperti berikut:

  • Hanya ada dua kali sahaja tempoh perlawanan antarabangsa dalam kalendar bola sepak dunia
  • Pusingan kelayakan secara kumpulan diadakan setiap tahun
  • Di penghujung musim, akan diadakan Piala Dunia atau kejohanan benua
  • Diantara dua tempoh perlawanan antarabangsa, pemain akan kekal bersama kelab mereka
  • Pemain wajib berehat sekurang-kurangnya 25 hari selepas tamat kejohanan

Asbab kepada cadangan Wenger ini adalah untuk mengurangkan perlawanan peringkat kelayakan sambil mengurangkan pergerakan pemain merentasi benua untuk mewakili negara mereka.

Ia juga sekaligus akan memansuhkan kejohanan seperti UEFA Nations League yang dianggap “buang masa” pada beliau.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply