Burki: Erling Haaland Akan Setaraf Dengan Lewandowski Tidak Lama Lagi

Kerjasama Semuanya BOLA

Haaland Lewandowski

Penjaga gol Borussia Dortmund, Roman Burki menegaskan bahawa rakan sepasukannya, Erling Haaland akan mencapai tahap seperti yang dikecapi peledak berbisa Bayern Munich, Robert Lewandowski tidak lama lagi.

Haaland yang menyertai Dortmund daripada Red Bull Salzburg pada jendela perpindahan Januari lalu berjaya menyerlahkan kualiti hebat dimilikinya selepas menjaringkan 13 gol dalam saingan Bundesliga.

Pemain berusia 20 tahun itu menikmati ‘debut’ yang begitu cemerlang dalam saingan Bundesliga apabila meledakkan hatrik ketika bertemu FC Augsburg hasil jaringan pada minit ke-59, 70 dan 79.

Susulan aksi cemerlang ditunjukkan rakan sepasukannya itu, Burki yang bertindak selaku penjaga gol utama skuad BVB merasakan prestasi Haaland akan terus meningkat sekaligus bakal menyamai kehebatan Lewandowski.

”Lewandowski memang luar biasa, Erling masih belum lagi mencapai tahap sebaik itu,” ujar Burki menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Lewandowski telah mengekalkan tahap cukup hebat untuk tempoh yang lama, tetapi sekiranya Erling terus seperti ini, dia akan cepat untuk berada pada tahap [seperti Lewandowski] juga.”

”Fizikal, kepantasan dan teknik, dia mempunyai semua pra-syarat yang diperlukan itu.”

Anak kepada bekas pemain Leeds United, Alf-Inge Haaland itu mula beraksi di pentas profesional pada tahun 2016 apabila beraksi bersama Bryne. Setahun kemudian, beliau menyertai kelab liga utama Norway, Molde selama dua musim.

Selepas itu, beliau berhijrah ke Red Bull Salzburg untuk beraksi selama dua musim dan turut menikmati pengalaman beraksi dalam pentas Liga Juara-Juara Eropah 2019/20 sebelum dipancing Borussia Dortmund pada jendela perpindahan musim sejuk lalu.

Kredit featured image: Alexandre Simoes/Borussia Dortmund via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Erling Haaland:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram