Bundesliga: Hantaran ‘Lazat’ Gulacsi Kepada Werner Hiasi Kemenangan Leipzig

RB Leipzig

Timo Werner menjaringkan gol ke-25 Bundesliga musim ini ketika membantu RB Leipzig terus menghimpit Borussia Dortmund untuk perebutan tempat kedua liga selepas menumpaskan FC Cologne 4-2 pada awal pagi tadi.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Rhein Energies itu menyaksikan tempat duduk penyokong dihiasi dengan jersi-jersi penyokong Cologne termasuk jersi-jersi klasik.

Kemenangan itu membolehkan Leipzig naik ke tangga ketiga dengan memintas Borussia Monchengladbach dan Bayer Leverkusen yang menyaksikan persaingan sengit dalam perebutan slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Cologne menghadirkan kejutan buat pasukan pelawat seawal minit ketujuh apabila Jhon Cordoba menyumbat masuk gol pertama perlawanan selepas percubaan Elvis Rexhbecaj sebelum itu terkena palang.

Namun Leipzig tidak menunggu lama untuk bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Patrik Schick hasil hantaran lintang Angelino dari sebelah kiri yang merupakan gol kesembilan penyerang Republik Czech itu musim ini.

kemudian giliran Christopher Nkunku meletakkan pasukannya mendahului 2-1 selepas tenang menyungkit bola melepasi penjaga gol tuan rumah, Timo Horn pada minit ke-38.

Gol ketiga Leipzig hadir empat minit selepas bermula babak kedua menerusi serangan balas pantas yang bermula dengan sepakan penjuru yang diambil Cologne yang ditangkap kemas penjaga gol, Peter Gulacsi yang menghantar jauh tepat ke Timo Werner yang tidak dikawal dan dengan mudah menjaringkan gol ketiga pasukannya.

“Selepas sahaja menangkap bola itu, saya terlihat Timo [Werner] telah memulakan lariannya dan begitu banyak ruang kosong [di tempat lawan]. Memang hantaran yang baik dari saya, tetapi Timo yang bijak memanfaatkan peluang itu dan menjaringkan gol,” kata Gulacsi selepas perlawanan.

Cologne bangkit merapatkan kedudukan lima minit kemudian menerusi rembatan kencang pemain gantian Anthony Modeste dari luar kotak penalti, namun hanya dua minit selepas itu Dani Olmo mengesahkan kememangan Leipzig dengan gol keempat.

Perlawanan seterusnya Die Rotten Bullen akan melayan kunjungan pasukan tercorot, Paderborn pada Sabtu ini sementara Cologne pula dijadualkan menentang FC Augsburg keesokan harinya.

Saksikan gol hasil kebijaksanaan Gulacsi dan Werner dalam video ini:

https://twitter.com/pitch_line/status/1267644265246519296?s=20

Kredit Foto: Youtube Fox Soccer

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Timo Werner dan RB Leipzig:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN