Bundesliga: Hamburg SV Tersingkir Ke Divisyen 2 Buat Pertama Kali

Kelab manakah yang tidak pernah tersingkir divisyen sejak Bundesliga dibentuk? Sudah pasti ramai akan menjawab dengan salah.

Paling kurang mereka akan menjawab Bayern Munich!

Sebenarnya, gelaran itu dimiliki oleh Hamburg SV. Setiap permulaan sudah pasti akan ada pengakhiran.

Hilang gelaran

Jam yang terhenti. Sumber: Pulse.ng.

Hamburg terpaksa beraksi dalam 2.Bundesliga pada musim hadapan. Ini disebabkan mereka menduduki tangga ke-17 dalam carta Bundesliga pada musim ini. Dua kelab tercorot Bundesliga akan disingkirkan untuk bermain dalam 2.Bundesliga.

Daripada 34 perlawanan, mereka hanya menang 8 kali dan seri 7 kali. Selebihnya mereka gagal meraih walaupun satu mata.

Mereka sebenarnya masih berpeluang untuk kekal dalam saingan Bundesliga musim ini. Hamburg mampu memintas Wolfsburg untuk slot play-off penyingkiran.

Kedudukan sebelum perlawanan semalam. Sumber: Bundesliga.

Sebelum perlawanan semalam, Hamburg berada di kedudukan ke-17 dengan mempunyai 28 mata. Wolfsburg berada di tangga ke-16 dengan 31 mata.

Perlu memintas

Hamburg menghadapi perlawanan terakhir menentang Borussia Monchengladbach. Wolfsburg pula menenentang Cologne.

Hamburg mesti menang dalam perlawanan terakhir dan Wolfsburg tewas.

Namun ia tidak menjadi apabila kedua-dua kelab menang menentang lawan masing-masing.

Hamburg menewaskan Gladbach dengan 2 gol berbalas 1. Aaron Hunt dan Lewis Holtby menjaringkan gol untuk menjadi hero Hamburg.

Gladbach meraih gol tunggal melalui Josip Drmic.

Wolfsburg menang bergaya ke atas Cologne yang sudah sah beraksi di 2.Bundesliga juga.

Amuk

Penyokong Hamburg melenting. Sumber: Daily Star.

Penyokong mana yang tidak kecewa. Lebih-lebih lagi Hamburg memegang gelaran tidak pernah tersingkir divisyen sejak Bundesliga ditubuhkan pada 1963.

Malah, mereka pun tidak pernah tersingkir juga selepas penyatuan Jerman.

Semalam, mereka menzahirkan perasaan marah dan kecewa. Suar dipasang dan mereka menyanyikan pelbagai lagu.

Antara yang mencuri tumpuan iaitu ‘We are Hamburg, you are not.’  Perlawanan tertangguh selama 10 minit kerana gangguan itu. Polis dan steward keselamatan stadium terpaksa dikerah untuk menjaga keselamatan.

Memang ia perit untuk dihadapi oleh para penyokong Hamburg. Adakah suatu hari nanti mereka akan berpecah dan menubuhkan kelab sendiri? Dan sekaligus beraksi di liga utama Jerman.

Lebih bermakna jika mereka menjadi juara liga utama Jerman di samping menjulang kemahkotaan Eropah. Hebatkan Hamburg?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN