Bundesliga: Bayern Juara Lagi, Muller & Alaba Catat Rekod Gelaran Ke-10

Bayern Munich Bundesliga

Sepanjang 12 bulan terakhir ini pastinya menjadi tempoh paling istimewa buat Bayern Munich dengan deretan trofi yang dimiliki dan kali ini berjaya menjulang kejuaraan Bundesliga buat kali kesembilan berturut-turut.

Kejayaan itu hadir sebelum sepak mula aksi bertemu Borussia Monchengladbach setelah perlawanan melibatkan RB Leipzig yang berlansung lebih awal menyaksikan pasukan di tangga kedua itu tewas 3-2 kepada Borussia Dortmund.

Dengan hanya berbaki tiga perlawanan dan mempunyai kelebihan 10 mata, secara matematiknya ia mengesahkan gelaran ketujuh buat Hansi Flick sepanjang 18 bulan mengendalikan skuad The Bavarian tersebut.

Ia tentunya akan menjadi kenangan manis buat jurulatih berusia 56 tahun itu yang akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini dan bakal diganti oleh Julian Nagelsmann.

Dalam pada itu, dua pemain Bayern Munich iaitu Thomas Muller dan David Alaba pula mencatat rekod baharu dengan meraih gelaran Bundesliga ke-10 dalam kerier mereka.

Dua pemain lagi Robert Lewandowski dan Manuel Neuer pula mengumpul kejuaraan kesembilan mereka untuk menyamai pencapaian legenda kelab Frank Ribery.

Pemain yang mengumpul lapan gelaran pula adalah Phillip Lahm, Bastian Schweinsteiger, Oliver Kahn, Arjen Robben, Mehmet Scholl, Jerome Boateng dan Javier Martinez.

Kini tumpuan beralih kepada penyerang sensasi Robert Lewandowski yang masih dengan misi peribadi untuk mengatasi rekod 40 gol semusim oleh Gerd Muller yang telah bertahan selama hampir 50 tahun.

Usaha penyerang antarabangsa Poland itu terganggu akibat kecederaan yang dialaminya sebelum ini dan kini beliau perlu menjaringkan lima gol dalam baki tiga perlawanan untuk memastikan misinya tercapai.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Mampukah Lewandowski Atasi Rekod 40 Gol Bundesliga Semusim Milik Gerd Muller?

PSG Umum Lanjutan Kontrak Neymar Sehingga 2025

Klopp Anggap Penyokong Man Utd Melampau Dan Menyusahkan

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply