Bundesliga 2019/20: Sentuhan Magis Coutinho Pastikan Bayern Benam Bremen

Phillippe Coutinho menjaringkan tiga gol untuk mencatat hatrik dan membuat dua bantuan jaringan untuk menamatkan kekalahan dua perlawanan Bundesliga untuk menumpaskan Werder Bremen 6-1 di Allianz Arena.

Bayern tampil lebih garang pada 10 minit pertama dengan percubaan awal dari Coutinho, Serge Ganbry dan  Alphonseo Davies Robert Lewandowski. Namun kecekepan penjaga gol Bremen, Jiri Pavlenka berjaya menghalang setiap percubaan itu.

Tetapi akhirnya Bremen yang terlebih dahulu di depan apabila berjaya mengambil kesempatan terhadap pertahanan Bayern yang bermain di garisan tinggi dengan penyerang Kosovo, Milot Rashica membuat rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan Manuel Neuer.

https://twitter.com/GoalsUnique/status/1205981959027068929?s=20

Kelebihan Bremen itu tidak bertahan lama selepas hantaran Gnabry ke depan pintu gol yang terbuka disudahkan oleh Coutinho pada minit ke-45 permainan. Tiga minit kemudian sebelum wisel waktu rehat ditiup, giliran Robert Lewandowski menambah jaringan hasil hantaran Coutinho.

Masuk babak kedua, Bayern semakin mengganas apabila Countinho yang mengatasi perangkap ofsaid menerima hantaran jauh Alaba bertindak membuat tendangan ‘lob’ menewaskan Pavlenka yang sudah keluar dari pintu gol.

Robert Lewandowski sekali lagi menggegar jaring pada minit ke-72 selepas hantaran Thomas Muller diterjemahkan dengan baik unutk memberikan gol keempat Bayern. Countinho sekali lagi menjadi watak utama dalam merencanakan serangan Bayern dengan membantu jaringan gol Thomas Muller pada minit ke-75.

Tiga minit kemudian, Countinho melengkapkan hatriknya menerusi gol ‘trademark’ dengan membuat ‘cutback’ dari bahagian kiri dan melepaskan rembatan lencong ke arah penjuru kiri gol. Beliau merupakan pemain Bayern dari Brazil kedua yang mencatat hatrik dalam saingan Bundesliga selepas Giovanne Elber.

“Jelas Coutinho adalah pemain terbaik perlawanan hari ini. Itulah Countinho yang kami kenal semasa latihan dan saya terutamanya berpuas hati apabila semua ahli pasukan gembira dengan persembahannya hari ini,” kata pengurus interim Bayern Munich, Hansi Flick.

Sementara itu, Countinho yang ditemubual selepas perlawanan turut gembira dengan persembahannya yang melengkapkan 91 peratus hantaran sempurna dan turut merekodkan lapan percubaan dengan empat percubaan tempat ke arah gol.

“Saya sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik. Kadangkala ianya berhasil dan kadangkala tidak. Yang lebih penting adalah meraih kemenangan sekali lagi dan cuba mengejar kedudukan pendahulu liga, kata Countinho dengan rendah diri.

Selepas tewas kepada Bayer Leverkuson dan pendahulu liga Borussia Monchengladbach sebelum ini, Bayern kini memperbaiki kedudukan dengan naik ke tempat keempat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN