Buku Psikologi Ini Cari Pasal, Gelar Penyokong MU “Tak Ada Otak”

Manchester United

Wow, bergurau kasar ni!

Sebuah buku ilmiah yang berkisarkan mengenai pengajian psikologi telah mengenakan usikan nakal di dalam penerbitan mereka.

Buku teks mengenai pendidikan psikologi itu dikeluarkan dikeluar oleh AQA yang merupakan sebuah badan amal serta penganugerahan di England dan serata Britain.

Penerbitan yang dihasilkan oleh empat orang penulis iaitu Cara Flanagan, Dave Berry, Matt Jarvis dan Rob Liddle itu mengusik nakal penyokong Manchester United dengan melabelkan sebahagian daripada mereka “tidak ada otak”.

Menurut laman SportBible, laman 34 pada buku teks tersebut memberikan contoh tersebut apabila ianya menerangkan mengenai sistem saraf pusat manusia.

Berikut merupakan terjemahan bahagian tersebut:

“Bahagian otak adalah merupakan pusat kepada kesemua bahagian sedar. Lapisan luar otak iaitu cerebral cortex, adalah bahagian yang begitu dibangunkan dalam tubuh manusia dan ianya memberikan perbezaan fungsi mental yang lebih tinggi antara manusia dan juga haiwan.”

“Hanya ada beberapa ciptaan seperti span, squirt laut, obor-obor dan juga sebahagian penyokong Manchester United – tidak mempunyai otak. Bahagian otak terbahagi kepada dua bahagian berbentuk hemisfera.”

https://twitter.com/miss_ayshatou/status/1231489718195564544?s=20

Usikan nakal ini jelas sekali berjaya menarik perhatian ramai pihak di media sosial terutamanya pelajar-pelajar di United Kingdom yang mengambil subjek tersebut.

Jelas sekali, usikan nakal jarang sekali hendak dilihat dalam buku ilmiah apatah lagi dengan cara yang begitu terus seperti itu.

Barangkali, salah seorang penulis buku tersebut merupakan penyokong Liverpool. Tetapi yang mana satukah?

Baca juga artikel kami mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN