Bukan Setakat Handal Di Padang, Lindelof Juga Hebat Tangkap Peragut

Victor Lindelof

Inilah yang dikatakan hebat di dalam dan juga luar padang.

Pemain Manchester United, Victor Lindelof dilaporkan telah menjadi wira tempatan di negaranya pada musim panas lalu selepas berjaya menangkap seorang peragut.

Ketika pulang untuk melawat negaranya di Sweden, Lindelof telah berjaya menghentikan kegiatan seorang peragut yang meragut wanita berusia 90 tahun.

Menurut laman Fotbollskanalen, peragut tersebut meragut wanita tua bernama Kerstin itu dan berlalu pergi dengan menaiki basikal.

Lindelof yang ketika itu berada berdekatan dengan mangsa turut bersama dengan seorang lagi saksi kejadian yang bernama Jessica.

Jessica yang berjaya menangkap gambar peragut tersebut menunjukkan ia kepada Lindelof lalu pertahan tengah Manchester United itu mengejarnya dengan larian deras.

Menggunakan kelebihan pecutan seorang ahli sukan, Lindelof berjaya menangkap peragut tersebut dan menahannya sehingga pihak berkuasa tiba untuk dibawa ke balai polis.

“Selepas beberapa kereta polis tiba, tidak lama kemudian Lindelof pula hadir dengan membawa seorang pemuda yang dipercayai peragut tersebut.”

Peragut tersebut kemudiannya disabitkan dengan kesalahan meragut serta terlibat dengan isu dadah di Mahkamah Daerah Västmanland. Dia didenda sebanyak membayar sebanyak 5 ribu Krona (RM 2442.75) untuk ganti rugi yang diterima oleh mangsa.

Kerstin kemudiannya menggambarkan tindakan Lindelof itu sungguh hebat kerana mengejar peragut itu melalui jambatan serta tembok.

“Beliau mempunyai kekuatan yang luar biasa,” kata Kerstin.


Kajian MSL & MPL 2021. Klik pautan untuk sertai poll di bawah untuk sertai.
https://forms.gle/91rWtwigRyhTPijN6


Baca juga artikel kami mengenai Victor Lindelof: 

Victor Lindelof Lanjutkan Kontrak Sehingga 2024 (semuanyabola.com)

Jamie Carragher Kritik Victor Lindelof, Anggap Pemain Itu Tak Layak Main EPL (semuanyabola.com)

Bagaimana Victor Lindelof Secara ‘Solo’ Selamatkan Kelab Divisyen 3 Sweden Ini Dari Muflis (semuanyabola.com)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN