Bukan Ronaldo Atau Messi, Solskjaer Pilih Maradona Sebagai ‘GOAT’

Diego Maradona Solskjaer

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memilih Diego Maradona sebagai pemain terbaik sepanjang zaman atau ‘GOAT’ berbanding dua pemain sensasi ketika ini Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Legenda Argentina dan Napoli tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Rabu lalu pada usia 60 tahun selepas mengalami serangan jantung dan dikebumikan bersebelahan pusara ibu bapanya di Buenos Aires.

Solskjaer mempunyai sebab yang tersendiri untuk memilih Maradona kerana terinspirasi dengannya ketika zaman kanak-kanak terutamanya ketika melihat idolanya itu menjulang Piala Dunia 1986 di Mexico.

Sekalipun pernah beraksi bersama Cristiano Ronaldo selama beberapa musim di Old Trafford, beliau tetap meletakkan Maradona di ranking pertama dalam senarai GOAT.

“Ia hari yang menyedihkan. Pada saya Diego Maradona sentiasa menjadi pemain terbaik yang pernah saya lihat sepanjang hidup,” ujar Solskjaer dalam satu temubual.

“Saya bernasib baik pernah menontonnya bermain secara langsung ketika Argentina menentang Norway di Oslo di mana mereka tewas 1-0 sebelum kejohanan Piala Dunia [1986] bermula. Ia pengalaman yang menakjubkan.

“Selepas perlawanan, saya sanggup berdiri di luar Stadium, menunggu untuk melihatnya dengan lebih dekat dan sebenarnya saya dapat menyentuh bahunya ketika dia berjalan melepasi orang ramai.”

Selepas kejadian itu, saya sekali dapat dapat bertemunya di Old Trafford. Seorang insan yang luar biasa di atas padang dan sentiasa tersenyum semasa berhadapan dengan orang ramai.

https://twitter.com/UtdSolskjaer/status/1331637021270552576?s=20

“Apabila menerima berita kematiannya, memang ia hari yang sangat menyedihkan untuk saya. Dia akan jadi pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Diego Maradona:

Maradona Pernah Pesan Supaya Mayatnya Diawet

Santokh, Soh Chin Aun Terkenang Saat Bertentang Mata Dengan Maradona

Villas-Boas: ‘Matikan’ Jersi Nombor 10 Sebagai Penghormatan Buat Diego Maradona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN