‘Bukan Janji Tapi Pasti’ – Ronaldo Laung Keyakinan Kembali Bawa Kejuaraan Untuk Man United

Cristiano Ronaldo Manchester United

Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo memuat naik hantaran mengenai kepulangannya ke Old Trafford buat kali pertama di akaun media sosialnya.

Kapten Portugal tersebut mengimbau kembali saat-saat manis ketika mula mencipta namanya di kelab Liga Perdana Inggeris itu pada awal kariernya yang dianggap sebagai permulaan kepada pencapaian luar biasa yang diraih dalam kariernya selama ini.

“Semua orang mengenali siapa saya, tahu mengenai kasih dan cinta saya kepada Manchester United. Tahun-tahun yang saya habiskan di kelab ini cukup menakjubkan dan jalan yang kami lalui bersama ditulis dengan huruf emas dalam sejarah institusi yang hebat dan menakjubkan.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini, melihat berita tentang kembalinya saya ke Old Trafford disiarkan di seluruh dunia.

“Ia ibarat mimpi yang menjadi kenyataan, setelah sekian lama saya bermain menentang Manchester United. Sekalipun sebagai pemain lawan, saya sentiasa dapat merasakan kasih sayang dan hormat dari penyokong di stadium.”

Dalam pada itu, penyerang berusia 36 tahun itu turut melaungkan keyakinan bahawa sejarah gemilang United menjulang pelbagai kejuaraan satu masa dahulu akan kembali berulang.

“Liga domestik pertama, piala pertama, panggilan untuk pasukan kebangsaan Portugal pertama, Liga Juara-Juara Eropah pertama, kasut emas pertama dan Ballon d’Or pertama, semuanya lahir dari hubungan istimewa saya dan The Red Devils.

“Sejarah telah pun tertulis pada masa lalu dan sejarah akan ditulis semula sekali lagi, itu jaminan saya!”

“Saya sudah di sini, saya sudah kembali ke tempat asal saya. Mari pastikan ia akan terjadi sekali lagi!

Pada penghujung hantarannya itu, Ronaldo menitipkan satu catatan yang cukup menyentuh hati, ditujukan kepada ‘ayah’ dan gurunya selaku individu paling penting semasa kariernya di United.

“Sir Alex, ini untuk kamu….”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN