Bukan Boleh Ikut Suka, FAM Akan Perhalusi Dahulu Permintaan TMJ Ambil Alih Harimau Malaya

TMJ FAM

Hasrat DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk mengendalikan skuaHarimau Malaya akan dibincangkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa tedekat.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan rasminya menjelaskan perkara tersebut akan diperhalusi sebaiknya mengikut tatacara, prosedur, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat sesuatu keputusan atau ketetapan.

Ia susulan permintaan TMJ menerusi akaun Instagram miliknya untuk mengambil alih pengurusan skuad negara ekoran prestasi kurang memberangsangkan sepanjang berada di timur tengah untuk baki perlawanan pusingan kedua Kelayakkan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, membidas sikap segelintir pemain skuad kebangsaan yang dilihat seperti pergi bercuti pada musim panas setiap kali tugasan antarabangsa.

Dalam erti kata lain TMJ mempersoalkan kesungguhan pemain yang seperti tidak dahagakan kejayaan, walaupun hakikatnya ramai di kalangan pemain yang dipanggil di dalam skuad kebangsaan kali ini adalah dari JDT sendiri.

Beliau juga mengambil contoh apa yang berlaku di JDT dan bagaimana pemain tetap beraksi bermati-matian di atas padang walaupun sebelum ini sudah meraih 17 kejuaraan.

“Pertama, saya menjunjung kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan mengambil maklum tentang cadangan yang telah dikemukakan baginda selaku mantan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung skuad kebangsaan, Harimau Malaya, tempoh hari,” ujar Hamidin.

“Kedua, berkaitan isu pemain naturalisasi, saya telah mengarahkan sekretariat FAM untuk perkara ini dibincangkan oleh Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM secara bersama dengan Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan FAM serta Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee bagi mengkaji tentang keberkesanan program pemain naturalisasi ini.

“Ketiga, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM akan menunggu laporan penuh post-mortem daripada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan barisan kejurulatihannya selepas berakhir tempoh kuarantin pasukan, mengenai persembahan skuad Harimau Malaya sepanjang Pusingan 1 dan Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta persediaan awal pasukan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada Februari 2022 untuk dibincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang akan datang.”

Hamidin juga memberi jaminan semua perkara tersebut akan dibingankan dalam mesyuarat jawatankuasa berkaitan dan kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat Jawatanakuasa Eksekutif FAM untuk dimuktamadkan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan:

Terima Kasih Safawi Rasid, Guilherme de Paula!

TMJ Tak Tahu Mengapa Tan Cheng Hoe Pilih Ramai Pemain JDT

TMJ Main Peranan Utama Yakinkan Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN