Buffon: “Real Madrid Tidak Perlu Dapatkan Donnarumma, Mereka Sudah Ada Navas”

Sejak beberapa musim kebelakangan ini, Real Madrid dikaitkan dengan penjaga gol seperti David De Gea hampir dalam setiap jendela perpindahan.

Dan baru-baru ini, Real Madrid berminat untuk mendapatkan penjaga gol muda berbakat, Gianluigi Donnarumma.

Donnarumma yang awalnya menolak tawaran AC Milan telah menjadi antara nama yang dilihat Real Madrid realistik untuk dibawa masuk ke Bernabeu. Namun pemain itu akhirnya melakukan pusingan U.

Namun bagi penjaga gol sensasi Juventus, Gianluigi Buffon, Real Madrid sebenarnya sudah memiliki penjaga gol yang hebat iaitu Keylor Navas. Jadi, tiada sebab untuk Real Madrid terdesak mahu mendapatkan Donnarumma buat masa ini.

Buffon juga kecewa dengan segelintir pihak yang seolah-olah tidak menghargai Navas di Real Madrid dan menganggap penjaga gol itu sebagai pemain sandaran sahaja.

Navas telah membantu Real Madrid mengembalikan kejuaraan La Liga pada musim lalu. Beliau juga membantu Real Madrid menjuarai UCL 2 tahun berturut-turut. Buffon berkata:

“Keylor Navas, penjaga gol yang hebat walaupun ada pihak yang suka berkata sebaliknya.”

“Mereka menang 2 UCL (berturut-turut) dan Navas sentiasa menjadi watak penting untuk mereka dalam menjuarai sesuatu piala.”

“Saya rasa tidak perlu untuk mendapatkan penjaga gol yang baru. Mereka menang trofi sebelum ini menggunakan kekuatan yang sama.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN