Buffon, Neuer Dan Navas Finalis Anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA 2017

Untuk kategori Anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA 2017, 3 finalis yang berjaya adalah seperti berikut.

1. Gianluigi Buffon

Pemain Eropah yang paling banyak kaps ini masih menjadi antara penjaga gol terbaik di dunia. Beliau masuh penjaga gol utama Juventus dan Itali pada usia 40 tahun.

Buffon menjadi penjaga gol utama Juve dalam mencipta sejarah 6 kejuaraan Serie A berturut-turut. Buffon adalah pemain yang paling banyak menjuarai Serie A dengan 8 kejuaraan.

Beliau juga mencipta rekod 600 minit tanpa bolos di UCL musim lalu. Buffon turut mencipta rekod 25 tanpa bolos daripada 50 perlawanan.

2. Keylor Navas

Akhirnya beliau berada dalam 3 teratas selepas menjadi antara tulang belakang utama kejayaan Real Madrid. Beliau seringkali dikenali dengan gelaran pahlawan tak didendang dan juga underrated.

Beliau membantu Real menjuarai La Liga selepas 5 tahun dan kejuaraan 2 UCL dalam 2 tahun. Navas memiliki refleks yang sangat kuat dan komitmen yang sangat tinggi.

Beliau mencatatkan 3 perlawnaan tanpa bolos dalam pusingan kelayakan Piala Dunia bersama Costa Rica setakat ini.

3. Manuel Neuer

Masalah kecederaan membelenggu beliau pada akhir musim lalu. Namun beliau tetap menjadi finalis sekali lagi untuk anugerah kali ini.

Penaga gol yang memiliki kemampuan mengawal bola dengan kaki ini seringkali dikaitkan dengan label penjaga gol terbaik bola sepak moden.

Neuer disahkan menjadi kapten baru Jerman menggantikan Lahm yang bersara. Beliau membantu Bayern mengekalkan kejuaraan musim lalu.

Beliau juga merekodkan 19 ‘clean-sheet’ dalam 39 perlawanan untuk Bayern Munich pada 2016/17.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN