Buffon Akui Pernah Pandang Rendah Kemampuan Federico Chiesa

Federico Chiesa

Penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon mengakui yang dirinya telah tersilap dalam memberikan penilaiannya mengenai pemain Juventus – Federico Chiesa.

Menurut Buffon, beliau pada mulanya tidak memandang tinggi keupayaan pemain tersebut sewaktu kedua-duanya masih lagi di Juventus.

Akan tetapi, semuanya itu berubah selepas pemain tersebut menampilkan persembahan memukau di saingan Euro 2020.

Chiesa menjadi nadi penting buat Itali untuk merangkul kejuaraan Euro 2020 dan menafikan England di perlawanan akhir.

“Sewaktu beliau sampai di Juventus, saya tak rasa pun dia [Federico Chiesa] tu bagus. Jujur saya cakap.”

“Selepas semusim bersama beliau di Juventus, Chiesa bukanlah seperti yang saya fikirkan,” ujar Buffon menerusi Goal.

Walaupun persepsi Buffon terhadap Chiesa mula berubah, tetapi penjaga gol veteran itu tetap skeptikal terhadap pemain itu untuk beraksi di peringkat tertinggi terutamanya apabila bersama-sama skuad kebangsaan.

Akan tetapi, persepsi tersebut mula berubah secara keseluruhan selepas menyaksikan aksi hebat Chiesa di Euro 2020.

“Ianya tidak jelas untuk menyaksikan beliau mampu beraksi dengan cemerlang di tahap yang tinggi seperti Euro 2020.”

“Tetapi di saingan Euro 2020, beliau sememangnya hebat dan di perlawanan akhir menentang England, beliau cukup sukar untuk dihalang.”

Selepas menyaksikan persembahan hebat Chiesa di Euro 2020, Buffon kini yakin pemain itu mampu menjadi bintang istimewa di masa akan datang.

Sepanjang karier beliau yang cukup panjang, Buffon bukan sahaja bermain dengan Chiesa tetapi turut pernah beraksi dengan bapanya iaitu Enrico Chiesa.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply