Buffon Akan Kembali Beraksi Untuk 2 Perlawanan Persahabatan Bulan Depan

Penjaga gol legenda Italy, Gianluigi Buffon dilihat belum pasti akan bersara apabila mengesahkan akan menyertai skuad Azzurri di Manchester dan Wembley pada bulan Mac depan.

Beliau mengesahkan akan beraksi untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang Argentina dan England.

Penjaga gol Juventus itu dilihat masih belum pasti dengan perancangan masa depannya meskipun sebelum ini pernah mengumumkan hasrat untuk bersara pada musim panas ini.

Buffon ketika ini seakan belum dapat memuktamadkan keputusan berkenaan dan bakal bertemu presiden kelab, Andrea Agnelli bagi membincangkan hala tujunya selepas ini.

Kontrak Buffon dengan Juventus bakal tamat pada penghujung musim ini dan dia sudah merancang untuk bersara selepas Piala Dunia di Russia tahun ini tetapi Itali gagal melayakkan diri.

Namun begitu, Buffon tetap mahu beraksi dalam skuad kebangsaan Italy pada perlawanan persahabatan yang akan datang.

“Saya beraksi atas dasar rasa bertanggungjawab di atas perubahan pasukan kebangsaan.

“Ada 2 perlawanan persahabatan yang penting. Saya fikir nak pergi bercuti dengan keluarga tetapi jika pasukan kebangsaan memerlukan khidmat saya, saya akan beri jawapan saya sudah bersedia dan tidak sabar beraksi.

“Saya lakukan kerana kesetiaaan dan bertanggungjawab tapi memikirkan apa yang akan terjadi di masa depan. Pemain yang berpengalaman sangat diperlukan untuk menentang Argentina dan England.

Jurulatih sementara skuad Italy, Luigi Di Biagio pada mulanya enggan memanggil Buffon dan memilih penjaga gol Udinese, Simobe Scuffet dan Alex Mere dari skuad remaja.

Tetapi bekas pemain Roma dan Inter Milan itu mengakui dia masih memerlukan khidmat Buffon yang menginjak usia 40 tahun pada januari lepas.

“Saya sudah mengadakan perjumpaan dengan pemain veteran kerana saya difahamkan mereka mahu berhenti bermain bola sepak.

“Saya cakap kepada Buffon untuk pertimbangkan jika beliau mahu terus beraksi. Saya cadangkan beliau kembali untuk 2 hingga 3 perlawanan yang mendatang bulan Mac ni,” katanya.

Buffon mempunyai 175 caps dengan skuad kebangsaan Italy dan telah beraksi dalam 5 kejohanan Piala Dunia termasuk ketika menjadi juara pada tahun 2006.

Italy akan menentang Argentina di Manchester pada 23 Mac sebelum ke Wembley 4 hari kemudian untuk menentang England.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram