“Budak Milo” Bantu Sepakan Penjuru Alexander-Arnold Benam Barcelona Terima Kontrak Profesional

Jose Mourinho pernah bercerita dengan panjang lebar akan kepentingan budak pengutip bola ketika perlawanan.

Budak pengutip bola atau turut sinonim dengan panggilan “budak milo” di negara kita adalah antara petugas pada hari perlawanan.

Kisah epik budak Milo

Paling ketara kepentingan budak Milo ialah ketika Liverpool mencatatkan kebangkitan epik ke atas Barcelona di Champions League pada musim 2018/19.

Liverpool tewas 3-0 pada perlawanan pertama separuh akhir yang diadakan di Nou Camp sebelum bangkit untuk menang 4-0 dalam perlawanan kedua dan pada ketika itu budak milo juga telah memainkan peranan penting tanpa ramai sedari.

Pemain muda yang bertugas sebagai budak milo, Oakley Cannonier dengan pantas memberi bola kepada Trent Alexander-Arnold untuk sepakan penjuru yang dengan sepantas kilat mencari Divock Origi dan gol. Semua dah tahu cerita epik ni tanpa perlu dihuraikan lebih jauh.

Cannonier kini pemain Liverpool

pasti akan mengingati betapa istimewanya Anfield. Kini berusia 17 tahun, remaja itu telah menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Liverpool.

Beliau hanya berusia 14 tahun ketika menjadi “budak Milo” yang memungkinkan gol paling epik Liverpool untuk menewaskan Barcelona 4-0, sebelum muncul juara UEFA Champions League pada 2019.

Hari ini Cannonier dianggap sebagai antara prospek paling menyinar di Merseyside selepas tiba di kelab tersebut pada usia 12 tahun dari Leeds.

Mungkin ramai juga tidak mengetahuo, Cannonier turut beraksi untuk skuad kebangsaaan Bawah-18 England sebelum ditawarkan kontrak profesional oleh Liverpool.

Menjelaskan tindakan Cannonier pada malam bersejarah itu, The Telegraph dalam satu artikel menjelaskan ia bukan kebetulan. Tindakan Cannonier dengan cepat memberikan bola kepada Tren Alexander-Arnold dilakukan atas arahan pengurus, Jurgen Klopp selepas mengadu bagaimana budak Milo di Nou Camp begitu perlahan mengembalikan bola.

Siapa tahu musim hadapan kita berpeluang menyaksikan Cannonier beraksi bersama-sama dengan Trent Alexander-Arnold di dalam pasukan Liverpool. Ia pasti seperti mimpi jadi kenyataan buat anak muda ini.

 

Baca artikel menarik kami yang lain menerusi pautan berikut:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

7 Calon Untuk Anugerah Pemain Terbaik Euro 2020

Isu Laser Penyokong England, Penyokong Indonesia Sudah 1,000 Langkah Ke Depan

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply