Budak 15 Tahun Akan Masuk Pasukan Senior Borussia Dortmund

Pemain remaja berusia 15 tahun, Youssoufa Moukoko bakal menjadi pemain skuad senior Borussia Dortmund tidak lama lagi jika cadangan Deutsche Fußball Liga (DFL) untuk menurunkan had umur minimum pemain pada musim depan diluluskan.

Ketika ini DFL menetapkan untuk bermain di Bundesliga, seseorang pemain mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun atau pernah bermain untuk pasukan bawah-19 jika lebih muda daripada 18 tahun.

Jika peraturan ini berjaya dipinda, Moukoko boleh diturunkan dalam aksi skuad senior bermula musim depan apabila umurnya masuk 16 tahun pada bulan November.

Pemain kacukan Jerman-Cameroon ini sudah mencipta nama di arena bola sepak akar umbi Jerman selepas menjaringkan 33 gol dalam 21 perlawanan untuk pasukan bawah-15 Dortmund pada musim 2017/2018. Ketika itu Moukoko baru berusia 12 tahun.

Kemudian pada musim 2018/2019, beliau dipromosikan ke pasukan bawah-17. Moukoko sekali lagi menggemparkan Jerman apabila menjaringkan 50 gol dalam 28 perlawanan.

Pada musim 2019/2020, Moukoko dipromosikan ke skuad bawah-19. Pada perlawanan pertamanya, beliau menjaringkan enam gol. Setakat ini pemain yang mengidolakan Lionel Messi ini sudah menjaringkan 32 gol dalam 20 perlawanan.

Pengurus Borussia Dortmund Lucien Favre sebelum pernah memberitahu beliau mahu memberi peluang kepada pemain yang berasal St. Pauli ini untuk beraksi bersama pasukan senior.

Dortmund dilaporkan telah mengikat Moukoko sehingga 2022. Akhbar Jerman, Ruhr Nachrichten juga melaporkan pemain yang mengidolakan Lionel Messi ini sudah menandatangani kontrak penajaan dengan Nike bernilai USD1 juta dan bayaran pendahuluan tujuh digit.

Rekod pemain paling muda bermain untuk skuad senior Dortmund ketika ini dipegang oleh Nuri Sahin. Rekod ini dicatat pada Ogos 2005 ketika beliau membuat debut pada umur 16 tahun 335 hari.

Sahin dibenarkan bermain untuk skuad senior kerana pada ketika itu beliau sudah terlibat dalam aksi pasukan bawah-19.

Dortmund dilaporkan sangat menyokong cadangan DFL untuk menurunkan had umur pemain kepada 16 tahun. Koordinator akademi Dortmund, Lars Ricken memberitahu media bahawa peraturan Bundesliga sekarang membuatkan kelab-kelab Jerman ‘rugi besar’.

“Ketika ini dah ada banyak contoh pemain muda yang tak nak main di Bundesliga kerana liga kita tak bagi mereka main pada umur sama yang dibenarkan di liga negara lain.”

Ricken sendiri merupakan pemegang rekod pemain paling muda pernah bermain untuk skuad senior (dicatat pada tahun 1994) sebelum rekod itu dipecah oleh Sahin pada tahun 2005.

Bagaimanapun pengurus RB Leipzig, Julian Nagelsmann menentang cadangan DFL itu.

“Kalau saya bagi pemain main awal sangat, mereka akan tertekan dek perhatian media.

“Saya bukan saintis dan tak tahu impaknya secara mendalam. Tapi saya tak boleh bayangkan anda akan jadi bagus kalau anda jadi pemain Bundesliga pada umut 16 tahun.”

Nagelsmann memegang rekod pengurus paling muda dalam sejarah Bundesliga apabila mengambil alih Hoffenheim ketika umurnya baru 28 tahun pada tahun 2015.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Borussia Dortmund:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN