Bryan Robson Yakin Alexis Sanchez Bakal Jadi Sehebat Ronaldo, Beckham Dan Cantona

Alexis Sanchez masih lagi bergelut dengan prestasi beliau sejak menyertai Man. United.

Sebelum menyertai Man. United beliau adalah penggempur yang sangat berbisa di England.

Maka tak hairanlah Man. United sanggup masukkan Mkhitaryan dalam perjanjian dan membayar Sanchez £500,000 seminggu.

Tetapi beliau masih gagal mendapatkan aksi terbaik beliau dengan jersi Syaitan Merah itu

Justeru ramai peminat Man. United mulai sangsi dengan keupayaan pemain tersebut dalam pasukan mereka.

Tetapi legenda Man. United, Bryan Robson tetap tenang dan percaya pemain itu adalah pemain yang tepat untuk memakai jersi keramat nombor 7 di Man. United.

Robson menyatakan yang Sanchez akan menjadi sehebat nama legenda bernombor 7, seperti Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Sanchez diberikan jersi keramat itu ketika menyertai Man. United pada Januari musim lalu.

Ramai peminat yakin yang akhirnya ada pemain yang tepat untuk menyarung jersi no.7 itu selepas ditinggalkan Cristiano Ronaldo.

Manchester United’s Alexis Sanchez and manager Jose Mourinho during the Emirates FA Cup semi-final match at Wembley Stadium, London. (Photo by Adam Davy/PA Images via Getty Images)

Namun setakat ini bekas penyerang Arsenal itu hanya menjaringkan 3 gol daripada 21 penampilan untuk Man. United.

Robson tak setuju dengan cakap-cakap yang meramalkan Alexis Sanchez bakal menjadi flop. Robson menambah lagi:

“Saya rasa Sanchez akan sebaris dengan nama-nama mereka yang lain itu.”

“Pada pandangan saya, Sanchez adalah pemain yang hebat. Dia ada mentaliti pemenang. Bekerja keras untuk pasukan dengan keupayaan hebat beliau.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN