Bruno Fernandes Sedang Berbincang Dengan Manchester United

Manchester United sekali lagi menghidupkan usaha mereka memburu Bruno Fernandes.

Pada jendela perpindahan sebelum ini Man United juga berminat untuk mendapatkan Bruno Fernandes, namun perpindahan itu gagal dimeterai kerana harga.

United ketika itu sudah berbelanja sekitar £140 juta untuk mendapatkan 3 pemain iaitu, Daniel James, Harry Maguire dan Aaron Wan Bissaka.

Dan kini, United kembali semula untuk memburu khidmat Bruno Fernandes. Kecederaan Paul Pogba dan juga Scott McTominay membuatkan Man United sangat terasa kehilangan kuasa di bahagian tengah.

Malah United dikaitkan dengan minat terhadap Ruben Neves dalam perpindahan kali ini.

Semalam telah tersebar satu gambar memamparkan individu seperti Bruno Fernandes di sekitar Manchester.

Dan ia menguatkan lagi spekulasi bahawa United kini sedang berunding untuk mendaptkan pemain itu.

Sumber BBC turut mengesahkan Man United kini sedang berusaha membawa masuk pemain antarabangsa Portugal itu.

United dijangka akan membayar sehingga £65 juta untuk pemain tersebut.

Bruno Fernandes merupakan pemain tengah yang kreatif dan memiliki penyudah yang tajam.

Beliau berjaya menempatkan diri di kalangan pemain tengah elit di Eropah musim lalu dan juga musim ini.

United mencari pemain tengah yang memiliki kreativiti untuk menggerakkan jentera mereka. Malah sebelum ini United turut dilaporkan menghantar bidaan untuk James Madisson.

Berita Bruno Fernandes ke Man United ini menjadi lebih menggilakan penyokong apabila Rio Ferdinand turut ‘menyeru’ nama Bruno di twitter beliau.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram