Berbatov: Bruno Fernandes Pemain Yang Sangat Penting Buat United

Bruno Fernandes

Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov mengakui impak yang dijelmakan oleh pemain tengah, Bruno Fernandes mampu untuk menjadikan The Red Devils sebagai pesaing hebat bagi merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain kelahiran Maia, Portugal itu pantas memberikan impak positif sebaik sahaja menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim sejuk yang lalu apabila menjadi antara nadi utama kepada kebangkitan kelab tersebut menamatkan saingan EPL musim ini di tangga ketiga.

Fernandes berjaya menjaringkan lapan gol dan mencipta tujuh bantuan jaringan dalam saingan liga dengan melakukan 14 penampilan sebagai pemain kesebelasan utama.

”Kehadiran Bruno Fernandes telah meningkatkan prestasi pasukan dengan begitu ketara,” ujar Berbatov menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Semangat juang pasukan juga berubah sebaik sahaja dia menyertai pasukan, dia menyesuaikan diri dengan cukup baik dengan pasukan, berhubung baik dengan jentera pertahanan dan serangan pasukan.”

”Untuk meningkatkan dan menunjukkan bahawa tanggungjawab itu sangat besar, dia telah menjadi rekrut yang luar biasa buat pasukan. Dia pemain yang sangat penting buat United, tetapi penting juga buat para pemain di sekelilingnya.”

”Dia telah membuat kejutan yang menggembirakan kerana kebiasaannya seorang pemain tidak akan membuat perbezaan sepertinya. United perlu untuk mengekalkan tahap konsisten sedemikian rupa.”

Selain itu, Berbatov turut melihat beberapa perubahan kecil perlu dilakukan di jendela perpindahan nanti bagi membolehkan Manchester United menjadi antara pencabar serius kempen liga paling popular di dunia itu.

”Pada pendapat saya, United perlu berusaha untuk mencabar kejuaraan walaupun ketika melalui waktu sukar.”

”Ia merupakan beberapa tahun yang mencabar tetapi faktanya United perlu untuk mencabar kejuaraan. Mereka perlu meningkatkan pasukan untuk mencabar Man City dan Liverpool pada musim hadapan, tetapi mereka mampu melakukannya.”

”Setiap musim itu berbeza dan mempunyai turun naik yang amat unik, pasukan yang anda harapkan tidak sentiasa akan berakhir dengan baik tetapi dengan United, anda perlu sentiasa mengharapkan mereka menjadi pesaing kejuaraan, terutamanya apabila mereka membuat beberapa rekrut pemain.”

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN