Bruno Fernandes Mahu Terus Bermain, Tak Nak Rehat

Bruno Fernandes

Bruno Fernandes menjelaskan yang beliau tidak mahu direhatkan dan mahu terus beraksi sepanjang masa.

Beliau yang menjadi inspirasi kepada Manchester United sejak tiba dari Sporting Lisbon mengatakan, belum tiba masanya untuk dirinya berehat dari satu, dua perlawanan.

“Penat? Saya baru berusia 26 tahun, mana mungkin saya penat.”

“Kalau saya penat sekarang, pada usia 30 atau 32 saya mungkin dah tak boleh main atau main satu perlawanan saja daripada lima perlawanan,” katanya menerusi BBC Sport.

Pemikiran tersebut jelas sekali mendorong kepada sifat tidak mahu kalah Fernandes ketika beraksi. Pada beliau, kekalahan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang normal.

“Saya tidak boleh terima idea yang kekalahan itu boleh dianggap sebagai satu perkara yang normal. Tewas itu adalah tidak normal.”

“Tidak kisahlah apabila saya bermain dengan kawan-kawan, adik saya atau jiran, saya mahu menang setiap masa.”

“Itulah mentaliti yang saya akan pegang sepanjang hidup saya, saya rasa.”

Jaringan Fernandes sebagai pemain gantian tempoh hari menumbangkan Liverpool dan memberikan perlawanan pusingan kelima FA Cup menentang West Ham United buat The Red Devils.

Baca juga artikel kami mengenai Bruno Fernandes:

Statistik Di Sebalik Keyakinan Bruno Fernandes Manchester United Mampu Jadi Juara EPL Musim Ini (semuanyabola.com)

Analisis: Statistik Dedah Bruno Fernandes Adalah Pemain Tengah Terbaik Dunia Analisis: Statistik Dedah Bruno Fernandes Adalah Pemain Tengah Terbaik Dunia (semuanyabola.com)

13 Pemain United Yang Terima Gaji Lebih Tinggi Daripada Bruno Fernandes (semuanyabola.com)

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

Leave a Reply