Brunei Darussalam Tarik Diri Kejohanan Piala AFF Suzuki 2020

Brunei Darussalam sah menarik diri daripada pusingan kelayakan kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan mengambil tempat di Singapura pada Disember akan datang.

Penarikkan diri Brunei disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada hari ini melalui satu kenyataan baru-baru ini.

Brunei terpaksa menarik diri selepas pasukan kebangsaan negara itu mengalami kesukaran untuk melakukan persiapan akibat pandemik yang melanda.

Melalui kenyataan sama yang dikongsi oleh AFF, Priseden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), dipetik sebagai berkata, “Kami kecewa kerana pasukan kebangsaan kami tidak boleh bertanding di pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan diadakan di Singapura.

“Malang sekali pandemik telah memberi kesan kepada persiapan pasukan untuk kejohanan tersebut, dan walaupun segala usaha telah dilakukan untuk merungkai isu yang timbul, situasi tetap rumit.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada AFF dan semua pasukan di kejohanan tersebut, dan akan menyertai kejohanan sama di edisi lain.”

Presiden AFF, Major General Khiev Sameth turut melahirkan kekecewaan beliau, namum memahami sebab Brunei terpaksa menarik diri.

“Walaupun kita akan terlepas penyertaan Brunei untuk edisi kali ini, kita semua tahu mereka akan kembali lebih kuat dan akan kembali menyertai kejohanan ini pada masa hadapan,” ujar beliau.

Brunei Darussalam dijadualkan akan menentang Timor Leste di pusingan kelayakan yang akan berlangsung pada 1 Disember di Singapura.

Penarikan diri ini bermakna Timor Leste akan terus diberi laluan ke pusingan akhir, bersama-sama Thailand, Singapura, Myanmar, dan Filipina di dalam Kumpulan A.

Penampilan Brunei Darussalam sepatutnya turut menjadi penampilan pertama bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal di kejohanan peringkat serantau itu.

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu dilantik sebagai pengendali Brunei pada Februari lalu dengan sasaran untuk layak ke saingan Piala AFF Suzuki serta meningkatkan mutu bola sepak di negara tersebut.

Pada 2010, Rajagobal membantu Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki dengan menewaskan Indonesia di pentas akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN