Brendan Gan Tinggalkan Perak, Ini 4 Perkara Kami Gariskan

Pemain

Brendan Gan sudah pun mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan Perak musim hadapan. Dengan beberapa pasukan sudah dikaitkan dengan beliau termasuk Selangor.

Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan.

1. Kualiti pemain Malaysia

Brendan Gan merupakan pemain berdarah kacukan. Dan beliau hadir sebagai slot pemain Malaysia. Jadi, bukan mudah untuk mencari pemain tempatan yang mampu mengisi posisi tengah dan juga tengah defensif.

Perak mungkin sudah mempunyai calon yang sesuai untuk mengisi tempat tersebut. Sama-sama kita nantikan.

2. Box to box barang mahal

Dalam mana-mana pengurusan bola sepak, apabila anda memiliki pemain tipikal box to box seperti Brendan Gan, anda pastinya gembira.

Box to box dianggap pemain mahal kerana mereka boleh bermain di poisisi menyerang dan bertahan secara dinamik. Itulah sebab Paul Pogba dibeli semula dengan tanda harga €100 juta oleh Manchester United.

Hal ini kerana memiliki seorang pemain box to box ibarat 2 dalam 1 di dalamnya.

3. Perak kehilangan jeneral di tengah padang

Selain daripada kualiti box to box, Brendan Gan memiliki semangat dan juga keinginan yang tinggi di dalam padang. Beliau antara pemain yang – semakin tertekan, semakin dia akan beraksi lebih baik.

Brendan

Dalam saat saat genting, Brendan Gan mampu memberikan magis secara individu. Pemain yang bijak mencari ruang di dalam kotak penalti dan juga memiliki etika kerja yang sangat baik.

Antara yang dikenang pastinya gol saat akhir menentang Terengganu pada final Piala Malaysia 2018. Gol yang membolehkan Perak menjuarai Piala Malaysia musim tersebut.

4. Pasukan baharu Gan

Masih belum disahkan di mana Gan akan bermain selepas ini. Namun Gan akan berhadapan dengan cabaran baharu dengan pasukan baharu.

Di Perak beliau boleh dikatakan memberikan impak yang berkesan bersama pasukan tersebut.

Mehmet Durakovic boleh dikatakan jurulatih terbaik beliau ketika ini. Berjaya mengeluarkan yang terbaik daripadanya.

Mehmet Durakovic memerhatikan sesi latihan pemainnya. FOTO: Perak TBG

Dan itulah juga sebabnya beliau berjaya kembali semula ke dalam pasukan kebangsaan.

Selamat maju jaya untuk Brendan Gan. Adatlah pemain bola sepak cuba mencari cabaran baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN