Brendan Gan Jawab Tuduhan Melulu Alistair Edwards Isu Pergunakan Nama JDT

Semalam, Alistair Edwards membidas Brendan Gan yang disifatkan beliau mempergunakan nama JDT dalam usaha pemain tersebut mendapatkan kontrak lebih lumayan dengan pasukan lain.

Dalam satu muat naik status di facebook beliau Brenda Gan nyata kecewa dengan tuduhan itu yang dianggap beliau tidak berasas.

Baca juga: Alistair Edwards Bengang Dan Mendakwa Brendan Gan Pergunakan Nama JDT Untuk Kepentingan Peribadi

Brendan Gan kini sedang berusaha setiap hari untuk pulih sepenunya daripada kecederaan ACL dan tidak ada masa untuk terlalu memikirkan benda lain. Beliau berkata

“Bola sepak adalah sebahagian besar daripada hidup saya, kadangkala saya sendiri tidak mampu mengawal keghairahan itu.”

“Keghairahan itulah menjadi sebab kenapa saya mendapat kecederaan ini.”

“Saya kini sangat bersemangat dan penuh motivasi untuk fokus dalam rehabiltasi demi untuk kembali semula ke padang bola sepak. Tempat yang membuatkan diri saya terasa seperti berada di rumah.”

Pengalaman bersama Kelantan

Brendan Gan mengakui detik 3 tahun bersama Kelantan adalah satu penghormatan. Beliau juga menganggap pasukan Kelantan adalah keluarga beliau.

Ini kerana terlalu banyak memori beliau di sana. Beliau juga sudah memiliki ramai rakan dari Kelantan sejak beraksi dengan pasukan Kelantan FA.

Beliau menambah:

“Saya masih mengikuti pasukan Kelantan walaupun kontrak saya dengan mereka sudah berakhir.”

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk pasukan Kelantan dan penyokong-penyokong mereka. Gomo Kelate Gomo.”

Menjawab tuduhan Alistair Edwards dan peminat bola sepak

Gan kemudian memberikan pencerahan tentang beberapa tuduhan dan komen yang dilemparkan ke atas beliau. Gan berkata:

“Saya mahu menerangkan isu yang membabitkan tuduhan ke atas saya sejak beberapa hari kebelakangan ini.”

Ini selepas Brendan Gan dikatakan memberitahu dia mendapat tawaran dari JDT. Namun beliau menolak tawaran itu untuk bersama dengan Kelantan semula.

Menurut Gan:

“Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti itu menerusi mana-mana media.”

“Saya masih belum memberikan sebarang komitmen dengan mana-mana pasukan bola sepak buat masa ini.”

“Fokus saya buat masa ini hanyalah satu, iaitu rehabilitasi yang ketika ini berjalan dengan lancar.”

Kecewa dengan JDT

Brendan Gan tidak menyangka sama sekali, kelab sebesar dan seprofesional JDT membuat kenyataan balas ke atas kenyataan media palsu (fabricated).

“Saya kecewa apabila kelab yang besar dan profesional seperti JDT membuat kenyataan balas media untuk kenyataan media yang palsu.”

“Kenyataan saya itu telah di’ada’-adakan. Ianya komen yang datang daripada sumber tidak rasmi yang saya sendiri baru tahu tentang hal itu baru-baru ini.”

“Tidak seorang pun dari pihak JDT datang menghubungi saya untuk hal itu. Sebaliknya mereka terus menerbitkan artikel yang sangat mengejutkan saya.”

Brendan Gan: JDT pernah hubungi saya

Aistair Edwards juga memberitahu, 3 tahun yang lalu, Bojan Hodak pernah mahukan Brendan Gan. Namun pihak JDT tidak pernah berminat untuk mendapatkan pemain itu sejak dari dahulu lagi.

Brendan Gan pula menyatakan, JDT pernah menghubungi beliau pada 2014. Namun Gan tidak merasakan masa yang kurang sesuai untuk beliau meninggalkan Kota Bharu.

Ini kerana beliau baru menyesuaikan diri dengan kehidupan di Kelantan.

“Saya sangat berbesar hati apabila JDT menghubungi saya pada 2014. Tetapi ketika itu saya merasakan masa yang kurang sesuai untuk menukar pasukan dan ‘bandar’.”

“Pada masa yang sama saya masih ada baki kontrak setahun dengan Kelantan sebagai pemain tempatan.”

“Jadi saya memutuskan untuk kekal bersama The Red Warriors sehingga kontrak saya tamat dan cuba berjuang untuk trofi.”

“Saya berasa ‘hebat’ juga, apabila saya dikritik kerana membuat keputusan itu dahulu.”

Gan: Saya tumpang gembira dengan pencapaian JDT

Brendan Gan tidak mahu menyembunyikan kekaguman beliau dengan pencapaian JDT. Gan berkata:

“Saya sangat gembira melihat pencapaian JDT di Asia Tenggara. Mereka telah meletakkan penanda aras kepada pasukan lain untuk kejar.”

“Saya ucapkan kepada mereka, selamat maju jaya di masa-masa mendatang.”

Langkah seterusnya

Brendan Gan tidak pasti, bila dia akan kembali semula beraksi di dalam padang. Kerana buat masa ini, beliau hanya fokus kepada sesi pemulihan.

Brenda Gan juga memberitahu dia masih belum menentukan di mana dia akan bermain selepas ini.

Beliau berjanji akan memberitahu para peminat destinasi beliau selepas ini.

Semoga kembali semula ke padang Brendan Gan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN