Brendan Gan Harap Nombor Jersi 88 Akan Bawa ‘Ong’

Penyertaan pemain tengah negara, Brendan Gan ke pasukan Selangor mungkin boleh dianggap kemasukan pemain tempatan baharu terbaik dalam kalangan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) untuk musim 2020.

Selepas mempamerkan aksi terbaik sepanjang dua musim bersama Perak dan turut cemerlang membantu skuad kebangsaan sejak kebelakangan ini, Brendan Gan telah muncul pemain paling dikehendaki dan sudah tentu The Red Giants adalah pasukan paling beruntung kerana berjaya mendapatkan pemain ini.

Pemain berdarah kacukan Australia-Malaysia ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi dalam majlis Hari Bola Sepak Selangor di Stadium Shah Alam pada hujung minggu lepas.

Dalam temubualnya bersama Sinar Harian, Brendan menyatakan hasratnya untuk membawa Selangor kembali ke puncak kemasyhuran seperti yang pernah dilalui mereka pada satu masa dahulu.

“Seperti mana kita semua tahu, Selangor sememangnya sebuah pasukan yang sudah lama memiliki sejarah kejuaraan tersendiri dalam bola sepak negara ini. Jadi saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah yang mampu mencipta kejuaraan bersama Selangor.

“Saya berharap nombor (jersi) 88 yang saya pakai nanti akan membawa tuah untuk mengembalikan kegemilangan semula pasukan ini dalam penampilan pertama saya bersama Red Giants,” katanya.

Bagi masyarkat Cina, nombor ‘8’ dianggap sebagai nombor yang memberi tuah dan membawa pengaruh yang sangat tinggi untuk meraih kejayaan dalam kehidupan. Menyedari sejarah gemilang yang dimiliki Selangor dalam arena bola sepak tanah air, pemain berusia 31 tahun tersebut melaungkan keyakinan untuk mencipta lebih banyak kejayaan bersama pasukan baharunya itu.

Brendan turut ditanya mengenai ura-ura mengatakan beliau cuba untuk memujuk rakan sepasukannya di skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh untuk turut menyertai Selangor. Namun Brendan menafikannya dan menjawab pemain Selangor yang sedia ada sudah cukup mantap untuk mencabar mana-mana trofi kejuaraan.

https://twitter.com/FOXSportsMY/status/1207174948579528705?s=20

Selain itu, Ketua Jurulatih Selangor, B. Satiananthan turut menafikan khabar angin tersebut dan memaklumkan ianya hanya sekadar cakap-cakap yang ditimbulkan pihak tertentu untuk tujuan sensasi semata-mata.

“Saya sebagai jurulatih tidak ada mendengar bahawa Selangor akan membawa masuk pemain itu [Sumareh]. Saya tidak tahulah jika ada jurulatih Selangor selain daripada saya yang membuat kenyataan tentang perpindahannya [ke Selangor],” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN