Rating Pemain Brazil vs Mexico, Aksi Neymar Pastikan Selecao Terus Mara

Brazil menuju ke suku akhir Piala Dunia 2018 di Rusia dengan penuh bergaya. Skuad kendalian Tite mudah menewaskan Mexico 2-0.

Berikut adalah rating pemain kedua-dua pasukan.

Brazil (4-4-2):

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

Alisson- 7.0
Menyelamatkan 2 percubaan utama dalam perlawanan ini.

Fagner-7.5
5 tackle, 3 pintasan, dan 2 clearance, Fagner adalah nadi dalam mematikan ancaman Mexico.

Thiago Silva-7.5
8 clearance, dan 3 kali menampan percubaan Mexico. Silva juga beraksi cemerlang dalam perlawanan ini.

Miranda-6.5
Berpasangan baik dengan Thiago Silva di bahagian tengah pertahanan Brazil. 2 clearance, dan 2 tampanan bola direkodkan.

Felipe Luis-6.5
Menggantikan Marcelo di bek kiri, menghasilkan 2 hantaran kunci.

Casemiro-7.5
6 tackle dan 3 clearance dari Casemiro menggariskan kepentingan pemain tengah bertahan ini di dalam sistem pertahanan Brazil.

Paulinho- 6.0
Tidak banyak boleh diperkatakan. Memiliki 1 percubaan tepat sebelum dikeluarkan.

Willian- 7.5
3 hantaran kunci termasuk 1 bantuan gol. 7 kali gelecekan berjaya direkodkan, Willian adalah duri dalam daging buat pertahanan Mexico.

P. Coutinho-6.5
1 percubaan tepat, 3 kali gelecekan dilakukan oleh Coutinho dalam perlawanan ini

Neymar-9.0
Aksi terbaik Neymar di Piala Dunia ini. 1 gol, 1 bantuan gol, 5 hantaran kunci, ia hampir perlawanan yang sempurna buat beliau.

Gabriel Jesus- 6.0
Tidak banyak boleh diperkatakan. Hanya 1 percubaan tepat dihasilkan.

Simpanan

Roberto Firmino-6.5
1 percubaan tepat, 1 gol mudah buat Firmino.

Marquinhos- N/A

Fernandinho- N/A

 

Mexico (4-3-3):

(Photo credit should read EMMANUEL DUNAND/AFP/Getty Images)

Ochoa- 7.5
8 percubaan tepat oleh Brazil berjaya diselamatkan. Tidak banyak yang boleh dilakukan beliau berhadapan dengan Brazil.

Edison Alvarez-5.5
Hanya 2 tackle, dan 2 clearance sebelum dikeluarkan pada minit ke-54.

Carlos Salcedo-6.0
2 tackle, 3 clerance, dan 1 tampanan ke arah gol direkodkan Salcedo.

Hugo Ayala- 6.5
3 tackle dan 4 clerance, tidak banyak yang boleh dilakukan Ayala untuk menghalang Brazil.

Gallardo- 6.5
4 tackle dan 3 clerance, seperti Ayala, tidak banyak perkara lain boleh diperkatakan.

Herrera- 5.5
Selain daripada 1 tackle, Herrera melakukan 7 foul.

Marquez-5.5
3 clearance dilakukan pada separuh masa pertama, dan digantikan oleh Miguel Layun.

Hirving Lozano-6.5
Ancaman utama kepada pertahanan Brazil dari sebelah kiri, Lozano merekodkan 6 gelecekan, dan 1 hantaran kunci.

Carlos Vela- 6.5
4 hantaran kunci, 3 gelecekan, Vela lebih menyerlah dari Neymar pada babak pertama perlawanan.

Guardado-6.0
5 hantaran lintang, dan 3 gelecekan dihasilkan Guardado.

J. Hernandez-5.5
Tiada sebarang percubaan direkodkan oleh Hernandez. Sentiasa dikawal rapi oleh pertahanan Brazil.

Simpanan

Raul Jimenez- N/A

Miguel Layun- N/A

Dos Santos- N/A

(Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Pemain terbaik pilihan kami dalam perlawanan ini ialah Neymar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN