Brazil & Argentina Nekad Tidak Akan Lepas Pemain Premier League Lebih Awal

Ketua jurulatih Brazil, Tite mengesahkan pemain-pemain yang beraksi di Premier League di dalam pasukan kendaliannya tidak akan dilepaskan awal semata-mata untuk memenuhi jadual perlawana domestik di England.

Kenyataan dan tindakan Brazil yang bertegas mengenai tanggungjawab pemain untuk komitmen antarabangsa akan menjejaskan tujuh kelab.

Sebelas pemain terkesan

Mereka adalah Douglas Luiz (Aston Villa); Ederson dan Gabriel Jesus (Manchester City); Alisson dan Fabinho (Liverpool); Thiago Silva (Chelsea); Fred (Manchester United), Emerson Royal (Tottenham), dan Raphinha (Leeds United).

Kelab-kelab terlibat sebelum ini berharap pemain-pemain ini boleh diberikan pelepasan awal dan dikecualikan untuk perlawanan ketiga kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay pada Jumaat depan.

Beraksi di dalam perlawanan tersebut menyukarkan pemain-pemain ini untuk terus beraksi pada hujung minggu yang sama.

Liverpool misalnya akan terus menyambung aksi Liga Perdana Inggeris pada tengah hari, 12:30pm waktu tempatan (7:30pm waktu Malaysia).

Leeds, Aston Villa, Manchester United dan Manchester City pula akan beraksi pada hari yang sama pada jam 3 petang (11 malam waktu Malaysia). Chelsea juga dijadualkan akan berhadapan Brentford  City pada lewat petang yang sama.

Tite bagaimanapun mengesahkan semua pemain-pemain ini akan digunakan dalam perlawanan penting menentang Uruguay.

“Tidak pernah ada kemungkinan untuk mereka dibenarkan pulang [ke England]. Mereka semua dipanggil untuk menghadapi tiga perlawanan.”

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni juga mengesahkan akan melakukan perkara serupa. Ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada dua pemain Tottenham, Cristian Romero dan Giovani Lo Celso.

Kesan terhadap kelab

Ia pasti perkara yang tidak digemari oleh pihak kelab. Douglas Luiz misalnya adalah pemain penting untuk Villa. Liverpool juga akan kehilangan dua tonggak utama untuk meneruskan rentak cemerlang pada permulaan musim.

Tatkala Fred menimbulkan perdebatan di kalangan penyokong Manchester United, sumbangan Ederson dan Gabriel Jesus kepada Manchester City pula dianggap penting.

Ketiadaan Emerson Royal dan Thiago Silva pula akan memberi kelompongan kepada benteng pertahanan Tottenham dan Chelsea pada minggu ini.

Paling terkesan ialah Leeds. Tanpa Rapinha dalam perlawanan menentang Southampton pada hujung minggu ini bermakna skuad kendalian Marcelo Bielsa akan tampil tanpa penjaring terbanyak mereka.

Sehingga kini Rapinha telah menyumbangkan tiga gol dari tujuh penampilan bersama Leeds di Premier League.

Sudah boleh dijangka

Tindakan oleh Tite dan Scaloni sebenarnya seperti sudah dijangka. Kelab-kelab yang berpengkalan di Amerika Selatan pada bulan lalu terpaksa digunakan untuk menampung ketiadaan pemain-pemain yang beraksi di Premier League.

Tiada tindakan pergantungan dikenakan oleh FIFA walaupun Brazil pada mulanya mahu mengaktifkan klausa pelepasan pemain di jendela antarabangsa selepas kompromi dicapai bersama pihak Premier League.

 

Brazil kini berhadapan dengan jendela perlawanan antarabangsa paling sukar apabila terpaksa beraksi tiga perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022. Perlawanan paling getir ialah perlawanan terakhir menentang Uruguay pada 15 Oktober.

Pemain-pemain yang terbang ke Amerika Selatan bagaimanapun akan dikecualikan kuarantin selama 10 har apabila kembali ke England.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply