Borussia Dortmund ‘Troll’ Manchester United Tentang Jadon Sancho?

Jadon Sancho Borussia Dortmund Man United 2020

Manchester United mara ke separuh akhir Europa League, namun mereka gagal dalam pemburuan mendapatkan bintang muda sensasi Borussia Dortmund, Jadon Sancho.

Ketika mereka sedang berhempas pulas untuk menundukkan FC Copenhagen hingga berlanjutan ke tambahan masa, gergasi Jerman itu telah memuat naik satu posting dengan gambar Jadon Sancho bersama kapsyen, “You love to see it.

Tuju kepada Manchester United?

Adakah ianya ada niat untuk ditujukan kepada The Red Devils? Masa yang dipilih juga dilihat tepat, ketika perlawanan sedang menanti untuk dilanjutkan ke masa tambahan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan dalam masa sebenar.

Setakat 3 Ogos lalu, berdasarkan Squawka Football, Jadon Sancho telah merekodkan 19 jaringan dan 18 bantuan gol. Adakah Borussia Dortmund ‘troll’ Manchester United?

Mungkin ia satu ingatan khas untuk Manchester United yang pemain berusia 20 tahun itu yang hingga ke saat ini dan juga buat masa ini, akan kekal menyarung jersi Kuning Hitam. Masa yang telah diberikan untuk mereka buat keputusan telah tamat!

Borussia Dortmund tampak cuba untuk membuat Manchester United bersetuju dengan tanda harga £108 juta, namun ianya dilihat berlarutan dan tiada kata putus. Terdapat juga khabar yang pemain itu telah berada di United Kingdom minggu ini.

Perbincangan berakhir, Sancho akan kekal

Bercakap di kem latihan BVB di Switzerland, Pengarah Sukan, Michael Zorc berkata yang bintang muda England itu tidak akan ke mana-mana musim ini. Ia menandakan yang perbincangan bersama Manchester United juga sudah dinoktahkan.

“Kami mempunyai perancangan buat Jadon Sancho di dalam pasukan musim ini, itu ketetapannya. Saya rasa ia sudah menjawab semua persoalan kita,” Michael Zorc.

Tambahnya lagi, “Musim lalu kami telah membuat penyesuaian semula gaji Sancho berdasarkan perkembangan prestasi semasanya. Jadi dalam konteks lain, kami telah melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2023 pada ketika itu.”

Zorc juga menjelaskan dalam Bild yang hubungan antara kelab dan penasihat pemain tersebut sangat baik. Kedua-dua pihak, pemain dan juga agensi yang mewakilinya menghormatikan keputusan yang telah dibuat oleh Borussia Dortmund.

Penutup

Manchester United dikatakan akan tetap mencuba untuk memancing Jadon Sancho kerana mereka tidak mahu kisah Erling Haaland akan kembali berulang.

Namun, masa yang diberikan oleh BVB telahpun berakhir. Jadon Sancho juga sudah bersama rakan-rakannya di Switzerland. Adakah The Red Devils masih berharap?

KREDIT FEATURED IMAGE: TWITTER BVB

Baca lagi artikel mengenai Jadon Sancho:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply