Borussia Dortmund Tak Akan Muncul Dalam PES2019, Tamatkan Perjanjian Dengan Konami Lebih Awal

Berita ini pastinya berita yang tidak mahu didengar oleh para peminat siri Pro Evolution Soccer (PES).

Francais permainan video itu telah kehilangan salah satu tarikan permainan mereka selepas kerjasama mereka bersama kelab Bundesliga iaitu Borussia Dortmund tidak lagi diteruskan.

Kerjasama ini ditamatkan oleh kelab Jerman ini dalam tempoh yang lebih awal dari tempoh kontrak yang dimeterai oleh kedua-dua pihak.

Mengikut perjanjian, kontrak antara pihak Borussia Dortmund dan juga Konami sebagai rakan kongsi utama siri PES tamat pada Jun 2020.

Dengan penamatan kontrak ini, Borussia Dortmund tidak akan membuat kemunculan dalam siri PES2019 walaupun promosi sebelum ini telah menampilkan kelab tersebut.

“Notis ini berkaitan dengan lesen pasukan dalam siri Pro Evolution Soccer 2019 yang kini sudah boleh didapati menerusi pra-tempah.”

“Borussia Dortmund sebelum ini dimasukkan dalam aset promosi bagi Pro Evolution Soccer 2019. Sila ambil maklum yang pasukan tersebut tidak dapat dimasukkan dalam produk ini.”

Dengan penamatan kontrak ini, seluruh identiti Borussia Dortmund tidak akan muncul dalam siri PES2019.

“Konami dan Borussia Dortmund mempunyai perjanjian lesen yang membolehkan logo, pemain, stadium dan perkara lain yang berkaitan dengan kelab ini boleh digunakan pakai sehingga Jun 2020.”

“Bagaimana pun, perjanjian ini dibatalkan oleh pihak Borussia Dortmund sebelum ia mencapai tempoh matang. Konami tidak akan memasukkan logo, pemain, stadium dan perkara lain yang berkaitan dengan Borussia Dortmund di dalam siri PES2019.”

PES 2019 NEWS:Dortmund & KONAMI terminate their license agreement two years early.

Posted by PTE/Evo-Web Patch on Friday, June 1, 2018

Konami baru-baru ini mengumumkan kehilangan lesen bagi semua kejohanan anjuran UEFA termasuklah UEFA Champions League dan Europa League.

PES2019 akan menemui peminat pada 30 Ogos 2018.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram