Borussia Dortmund Anggap Masa Depan Sancho Sudah Diselesaikan

Pemain berbakat besar, Jadon Sancho telah digugurkan daripada skuad UCL Borussia Dortmund menentang Barcelona. Ini selepas pemain itu melakukan kesalahan disiplin.

Perkara itu menghangatkan spekulasi masa depan Sancho di Dortmund kerana pemain itu menjadi buruan banyak kelab.

Antara kelab yang berminat dengan beliau ialah Manchester United dan bekas kelab lamanya, Manchester City.

Namun begitu, Borussia Dortmund menyatakan, isu tersebut sudah diselesaikan dan pemain itu tidak akan dijual.

Pengurus Besar Dortmund, Michael Zorc diminta untuk memberikan komen, laporan bahawa Sancho didenda kerana lewat untuk ke sesi pemanas badan dan juga terlepas sesi sarapan pagi dengan pasukan.

Zorc berkata: “Ianya tidak begitu tepat.”

Namun Zorc tidak menafikan laporan itu secara total. Cuma menurutnya tidak begitu tepat.

“Kami sudah bercakap dan menyelesaikan perkara ini secara dalaman. Kes ini sudah selesai dan kini kami fokus kepada tugasan seterusnya.”

“Jadon adalah sama seperti pemain kami yang lain. Dan beliau sebahagian daripada pasukan ini.”

Jadon Sancho sudah pun memuat gambar beliau fokus dengan latihan untuk perlawanan Bundesliga hujung minggu ini. Beliau nampak sudah bersedia untuk kembali.

Zorc menegaskan kelab tidak mahu menjual Jadon Sancho dan Lucien Favre tidak perlu risau. Kerana laporan yang kononnya Favre didesak untuk menjual Jadon Sancho adalah tidak benar.

Dortmund membeli Sancho pada 2017 dari Man City dengan nilai €7.8 juta. Sejak di Dortmund beliau cemerlang dan menjadi pemain penting dalam skuad kebangsaan England.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram