Borrusia Dortmund Tandatangan Alexander Isak, Dikatakan ‘The Next Zlatan’

Borrusia Dortmund tandatangan Alexander Isak sebagai pemain terbaharu mereka untuk bulan Januari.

Beliau merupakan pemain muda dari Sweden yang bermain di AIK Solna.

Zlatan seterusnya

Borussia Dortmund tandatangan Alexander Isak dari AIK Solna dengan jumlah perpindahan sebanyak €10 juta.

Isak sering mendapat jolokan nama sebagai ‘The Next Zlatan’ kerana beliau sering dibandingkan dengan penyerang Manchester United itu.

Beliau sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan glamour ke Real Madrid, namun begitu segala spekulasi itu ditepis apabila beliau memilih untuk ke Borrusia Dortmund.

Borrusia Dortmund nyata gembira apabila berjaya memperoleh pemain yang cukup berpotensi tinggi seperti Isak, menurut kenyataan dari kelab Jerman tersebut.

Namun begitu, perpindahan Isak ke Borrusia Dortmund mengambil sedikit masa kerana perlu mendapat kelulusan tambahan dari FIFA.

“Oleh kerana Isak masih lagi muda, jadi perpindahan beliau memerlukan kelulusan tambahan daripada FIFA. Namun begitu, segala kelulusan itu akan diterima oleh pihak kami dan AIK Solna dalam masa terdekat.”

Bertaraf dunia

Isak merupakan pemain yang muda berprofil tinggi. Hal ini kerana beliau telah bermain untuk pasukan kebangsaan Sweden serta menjaringkan gol untuk negaranya!

Beliau melakukan penampilan pertama beliau bersama Sweden ketika menentang Ivory Coast.

Isak juga turut mencipta menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol untuk Sweden apabila beliau menjaringkan gol ketika menentang Slovakia.

Borrusia Dortmund cukup gembira kerana berjaya menewaskan beberapa kelab utama dunia untuk mendapatkan beliau.

“Isak merupakan penyerang muda yang cukup berpotensi tinggi, dan kami sangat gembira kerana berjaya mendapatkan khidmat beliau.”

Beliau dijangka akan berada dalam pelan Thomas Tuchel untuk bahagian kedua Bundesliga musim ini.

Baca juga: 27 Tahun Buat Kerja, Ken Hare Dipecat Kerana Benda Yang Beliau ‘Pakar’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN