Leonardo Bonucci Tempah Belakang Akhbar, Ucap Selamat Tinggal Kepada Juventus

Leonardo Bonucci tahu buat masa ini ramai penyokong Juventus yang berkecil hati dan kecewa dengan tindakan beliau menyertai pasukan seteru AC Milan. Ramai yang memanggil beliau pengkhianat (traditore).

Leonardo Bonucci sudah berkhidmat untuk Juventus selama 7 musim. Beliau pastinya ada sentimen yang kuat ke atas penyokong Juventus.

Beliau menjadi antara pemain yang paling disayangi penyokong dan rakan-rakan beliau di Juventus. Namun beliau tahu, tindakan beliau kali ini melukakan hati ramai pihak.

Bonucci mengambil keputusan untuk menempah 1 halaman belakang akhbar Gazzetta dello Sport.

Ini adalah mesej yang ditulis oleh Bonucci kepada rakan-rakan, dan peminat Juventus tanpa menyebut jurulatih (Max Allegri) di dalam surat beliau.

“Sudah tujuh musim.

“Tujuh musim kemenangan, impian yang dilaksana, kejayaan tumbuh melalui ikatan yang luar biasa dengan Juve, secara keseluruhannya.”

“Enam kejuaraan Liga, ditakluk dengan hidup mati dan perjuangan.”

“Penyesalan paling besar adalah tidak memenangi UCL. Walaubagaimanapun, kejayaan yang paling membanggakan adalah menjadi sebahagian daripada keluarga (Juve) yang besar.”

“Saya sentiasa memberikan segala-galanya, bersungguh-sungguh, sehingga ke garisan akhir.”

“Saya menerima, memberi dan belajar.”

“Setiap kali saya mengenang kembali, ianya masih cerita yang indah, layak diakhiri dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang supaya tidak memberikan kesan kepada semua yang telah saya lalui dengan rakan sepasukan, kapten, sahabat-sahabat dan para peminat.”

“Terima kasih untuk segalanya, Juve.”

Surat ini turut dikongsikan oleh Bonucci di laman Facebook beliau.

Sono passate sette stagioni. Sette stagioni di vittorie, di sogni realizzati, di crescita avvenuta attraverso un…

Posted by Leonardo Bonucci on Saturday, July 15, 2017

Leonardo Bonucci sah menyertai AC Milan dan akan menjadi kapten kelab Rossoneri tersebut.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram