Bonucci Iktiraf Sergio Ramos Sebagai Pertahanan Terbaik Dunia!

Pertahanan sensasi AC Milan dan Itali Leonardo Bonucci menyatakan yang Sergio Ramos adalah pertahanan tengah terbaik di dunia ketika ini.

Bonucci tidak terkejut apabila Sergio Ramos dianugerahkan Pertahanan Terbaik UCL untuk 2016/17.

Itali akan bertemu dengan Sepanyol dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018. Kedua-dua pasukan terikat mata di tangga teratas namun Sepanyol berkelebihan dari segi perbezaan jaringan.

Wartawan bertanya kepada Bonucci tentang pandangan beliau tentang Sergio Ramos. Bonucci berkata Football Italia:

“Sergio Ramos? Dia adalah pemain pertahanan terbaik di dunia. Dia baru menerima Anugerah Pertahanan UCL musim lalu. Itu sudah cukup untuk membuktikannya.”

Sebagai rekod, Sergio Ramos melakukan 174 aksi pertahanan dalam La Liga musim lalu. Selain itu, Sergio Ramos juga seorang pemimpin yang berpengaruh di dalam padang.

Beliau seorang ‘motivator’ dan memberikan inspirasi untuk beberapa kebangkitan Real Madrid dalam beberapa musim kebelakangan ini. Ramos menjadi kapten yang menjulang 2 UCL berturut-turut.

Ramos juga berjaya membantu Real Madrid kembali menjulang La Liga dengan mengatasi seteru utama mereka Barcelona.

Sumber

Squawka: http://www.squawka.com/news/sergio-ramos-is-the-best-defender-in-the-world/985710#7l4hit1IREXtD9sV.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN