Ini Perkara Yang Saya Perhatikan Selepas Melihat Dunia Bola Sepak Sosial

Bola sepak sebuah permainan yang cukup indah. Bukan kerana kecantikan permainan itu sendiri ketika dimainkan di atas padang. Tetapi bagaimana ia mampu menyatukan kita.

Tanpa mengira latar belakang mahupun pangkat. Semua orang bermain bola sepak dan menzahirkan rasa cinta yang ikhlas terhadap sukan ini.

Namun begitu sedang kita asyik menjadi penonton kepada aksi pemain profesional yang beraksi di atas padang, hati kita pasti terdetik keinginan untuk bermain.

Tetapi macam mana nak main? Di mana nak cari pasukan?

Sewaktu kecil kita selalu menghabiskan waktu petang bermain bola di padang taman permainan atau kampung.

Kita akan berkumpul dan bermain bola sepak di mana-mana sahaja. Asalkan ada permukaan tanah yang rata. Tak kiralah sama ada di kawasan parkir kereta, gelanggang yang terbiar atau di taman – kita pasti akan main!

Situasi yang sama jika anda bersekolah asrama. Petang anda pasti akan dihabiskan dengan bermain bola di padang kawan-kawan sekolah.

Ah, indahnya masa lalu!

Ketika ini, masih ada antara kita yang masih meneruskan minat tersebut dengan menyertai liga bola sepak sosial.

Tetapi ada juga di antara kita yang sudah pun berhenti bermain bola sepak. Masing-masing ada sebab kenapa berhenti bermain. Tetapi masih ada juga yang berjaya menemui dunia baharu bola sepak sosial – menerusi liga sosial.

Apa itu bola sepak sosial?

Bola sepak sosial adalah sebuah cabang bola sepak yang membolehkah kita bermain dengan keluarga, kawan, jiran, rakan sekerja dan juga kenalan media sosial.

Bola sepak sosial membolehkan kita semua bermain mengikut kesesuaian pemain. Kita tak perlu ikut peraturan bola sepak yang sebenar. Kita boleh ubah masa bermain, bilangan pertukaran pemain dan sebagainya.

Tujuannya adalah untuk mewujudkan suasana yang kompetitif. Tetapi pada masa yang sama, seronok dan bersesuaian dengan semua yang menyertainya.

Bola sepak komuniti juga boleh dimainkan dalam pelbagai bentuk, seperti:

  • Bola sepak 5 sebelah
  • Bola sepak 6 sebelah
  • Bola sepak 7 sebelah
  • Futsal
  • Futsal campuran
  • Bola sepak campuran, dan banyak lagi!

Apabila bola sepak sosial semakin meriah, ditambah pula minat dan komitmen daripada beberapa individu dan organisasi, liga bola sepak sosial akan lahir.

Liga bola sepak sosial membolehkan kita mengenali kawan-kawan baru dan bermain dengan pemain-pemain baru.

Apabila liga bola sepak sosial semakin meningkat, penganjur boleh memilih untuk menjadi lebih serius, kompetitif dan bercita-cita tinggi. Mereka boleh menjadikan liga mereka sebagai platform alternatif yang sama kompetitif, serius dan teratur seperti liga-liga amatur kendalian FA negeri.

Penganjur juga boleh memilih untuk menjadikan liga mereka sebagai platform untuk bermain secara suka-suka.

Ianya terpulang kepada motivasi penganjur liga. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Bagaimana hendak mendekati dunia bola sepak sosial?

Seperti yang saya ceritakan di bahagian awal artikel, komuniti bola sepak sosial kebanyakkannya aktif di media sosial. Bagi komuniti bola sepak sosial di Lembah Klang, Instagram adalah yang paling popular.

Di sana terdapat banyak pasukan bola sepak sosial, liga bola sepak sosial, kumpulan pemain bola sepak sosial dan bermacam-macam lagi.

Sebagai permulaan, anda boleh ‘follow’ mereka di Instagram. Hubungi mereka. Teruskan mencari di Instagram. Lama-kelamaan anda akan jumpa persekitaran bola sepak sosial yang paling sesuai dengan kehendak anda.

Klang Valley League
Super Bobai Cup
Football Selangor

Panggillah apa saja

Anda boleh panggil ia bola sepak sosial, bola sepak amatur, bola sepak komuniti, liga haram dan sebagainya.

Ia dianjurkan dengan cara paling mudah dan asas. Oleh orang-orang biasa seperti saya dan anda. Tanpa mengira latar belakang. Bola sepak sosial adalah tempat di mana semua orang dialu-alukan untuk menyertainya – sama ada sebagai pemain, staf pasukan mahupun penyokong.

Klasiko FC
The Foot Souls
TPD FC

Seperti sukan sosial lain, adalah penting bagi komuniti bola sepak sosial untuk mengekalkan hubungan silaturrahim sesama sendiri.

Hubungan persahabatan yang terjalin di arena bola sepak sosial ini sangat kuat. Jika anda perhatikan gambar-gambar mereka di Instagram, mereka bagaikan sebuah keluarga!

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Khal dari laman Padang Bola Sepak. Anda boleh berinteraksi dengan beliau menerusi Facebook, Instagram dan juga Twitter.

Gambar oleh: bobaifc.my, Klang Valley League, Super Bobai Cup, Football Selangor, The Foot Souls, TPD FC, dan Klasiko FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN