Boateng Dedahkan Mourinho Gagal Pujuk Beliau Sertai Manchester United

Kerjasama Semuanya BOLA

Jerome Boateng merupakan antara pertahanan tengah yang terbaik di dunia.

Beliau sering mempamerkan keampuhan beliau sebagai pertahan terutamanya ketika beraksi untuk Bayern Munich.

Oleh kerana itu, sudah pastinya beliau diperhatikan oleh beberapa pasukan dek kerana aksi cemerlang beliau bukan?

Menurut laman Goal, Boateng mendedahkan yang khidmat beliau diburu oleh beberapa pasukan di serata Eropah pada jendela musim panas yang lalu.

Salah sebuah pasukan yang mahukan beliau adalah kelab dari Premier League iaitu Manchester United.

Walaupun reputasi kelab itu sudah memainkan peranan, namun jelas Boateng tidak tertarik dengan tawaran mereka.

<> on July 17, 2015 in Beijing, China.

Kata Boateng, punca gagalnya perpindahan beliau ke England adalah kerana pengurus mereka sendiri iaitu Jose Mourinho.

Mourinho dikatakan gagal untuk menyakinkan beliau untuk berhjirah dari Bundesliga ke Premier League.

“Saya ada menelefon Jose Mourinho, saya khabarkan padanya yang tawaran yang diberikan kepada saya adalah satu penghormatan.”

“Malah saya berterima kasih kepada beliau kerana berusaha keras untuk mendapatkan saya.”

during the Premier League match between Burnley FC and Manchester United at Turf Moor on September 2, 2018 in Burnley, United Kingdom.

Menurut Boateng, walaupun beliau inginkan cabaran baharu tetapi dirinya begitu gembira di Bayern Munich ketika ini.

Oleh itu, jika mahukan beliau maka perlulah tawaran yang betul-betul menarik perhatian dilakukan.

“Saya memang tak mahu tinggalkan Bayern Munich. Namun saya mahukan cabaran baharu.”

“Saya beritahu Mourinho yang sukar untuk saya tinggalkan Bayern Munich. Namun jika saya pergi, tawaran menarik harus dilakukan.”

Selain Manchester United, Paris Saint-Germain turut berminat untuk mendapatkan bekas pemain Manchester City ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram