Blaise Matuidi: Kehadiran Cristiano Ronaldo Di Juventus Adalah Sesuatu Yang Hebat

Matuidi

Berita mengenai perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus semakin hangat diperkatakan media barat ketika ini.

Terdapat juga sumber yang mengatakan bintang bola sepak dunia itu semakin menghampiri Allianz Stadium (jangan salah faham ia bukan stadium bagi Bayern Munich).

Dapat beraksi dalam satu pasukan bersama Ronaldo sudah pasti menjadi detik yang hebat buat mana-mana pemain bola sepak dunia.

Itulah yang turut dikongsikan pemain Juventus yang kini membawa cabaran Perancis dalam saingan Piala Dunia, Blaise Matuidi.

Tanpa berselindung, Matuidi menjelaskan sesuatu yang hebat dapat bergandingan bersama Cristiano Ronaldo di Juventus.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 25: Cristiano Ronaldo of Portugal runs with the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Iran and Portugal at Mordovia Arena on June 25, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

”Saya tidak mahu untuk berbohong kerana ini adalah hebat. Ia akan menjadi hebat untuk memiliki salah seorang daripada pemain terbaik di dunia bersama Juventus, kelab yang sama dengan saya.”

”Ia bagus buat kelab dan juga para pemain Juventus.”

”Bagaimanapun, hari ini saya adalah pemain skuad kebangsaan Perancis dan kami mempunyai ikan yang besar untuk digoreng (pertemuan menentang Uruguay), bukan?

Matuidi masih lagi dalam misi merebut kejuaraan Piala Dunia selepas Perancis berjaya menundukkan Argentina 4-3 di saingan 16 terbaik.

Manakala, Cristiano Ronaldo terpaksa menelan kepahitan tersingkir setelah kecundang 2-1 kepada lawan yang bakal ditemui Perancis nanti, iaitu Uruguay.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN