Bintang Piala Dunia Rusia, Denis Cheryshev Disiasat Badan Anti Doping Sepanyol

Bintang Piala Dunia, Denis Cheryshev yang menjaringkan empat gol untuk Rusia dalam kejohanan pada musim panas lalu sedang disiasat oleh badan anti-doping Sepanyol.

Badan anti doping Sepanyol membuka kertas siasatan terhadap pemain berusia 27 tersebut yang kini beraksi bersama Valencia secara pinjaman dari Villareal selepas pendedahan oleh ayah kandungnya sendiri yang menyatakan pemain itu mengambil suntikan untuk merawat kecederaan yang dialaminya.

Rating
(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Dimitri Cheryshev memberitahu Sport Weekend sebelum kejohanan bahawa Denis [Cheryshev] mengambil sejenis suntikan berbentuk ‘hormon pertumbuhan’ atau dikenali sebagai HGH.

Pengambilan HGH tanpa pengecualian penggunaan terapeutik (TUE) adalah salah di sisi undang-undang sukan, dan boleh digantung selama empat tahun.

Ayah kepada Cheryshev kemudiannya mengubah kenyataan dan berkata apa yang dikatakan oleh beliau pada ketika itu telah disalahertikan oleh wartawan.

Jurucakap dari Agensi Kesihatan Dan Kawalan Untuk Sukan Sepanyol (AEPSAD) berkata dalam satu kenyataan:

“Kami boleh mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka untuk mencari informasi berkenaan kes.”

Cheryshev beraksi dalam lima perlawanan Piala Dunia yang lalu dan membantu Rusia mara sehingga ke suku akhir kejohanan.

Ketika ditanya mengenai siasatan yang dilakukan, pemain itu yakin beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Di pihak saya, segalanya jujur dan saya tidak fikir akan menghadapi sebarang masalah.

“Pada pendapat saya, biarlah kes ini disemak oleh pegawai perubatan yang lebih mahir di dalam hal ini,” ujar Cheryshev

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN