Billy Ketkeophomphone: Bekas Rakan Sepasukan Dickson Nwakaeme & Nicolas Pepe Yang Mampu Melukakan Harimau Malaya

Nama Billy Kekeophomphone mungkin asing di kalangan penyokong bola sepak Malaysia. Di Laos, Billy pula dianggap sebagai harapan dan yang mampu membangkitkan bola sepak negara tersebut ke tahap disegani.

Merupakan salah seorang pemain yang berpengkalan di Eropah mewarnai kejohanan Piala AFF di Singapura pada kali ini, Billy mempunyai reputasi pernah menyertai kelab Ligue 1, Angers SCO.

Beliau merupakan bekas rakan sepasukan bekas penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme, dan penyerang sayap Arsenal, Nicolas Pepe ketika ketiga-tiga pemain memperkuatkan Angers SCO pada musim pada musim 2016/17.

Siapakah Billy Kekeophomphone?

Billy Ketkeophomphone merupakan penyerang kelahiran Perancis yang baharu saja dinaturalisasi oleh Persatuan Bola Sepak Laos (LFF).

Untuk rekod, Billy adalah pemain pertama dari Asia Tenggara yang beraksi di divisyen teratas Perancis. Beliau juga adalah pemain pertama dari rantau ini yang berjaya menjaringkan gol di Ligue 1.

Dilahirkan pada 24 Mac 1990, beliau kini berusia 31 tahun. Ia mungkin agak lewat untuk Laos menyerap masuk pemain ini untuk beraksi bersama skuad kebangsaan. Namun pengalaman pemain ini beraksi di Eropah tetap dianggap bernilai untuk pemain-pemain muda Laos.

Gambar pasukan musim 2016/17. Billy bersama Nicolas Pepe dan Dickson Nwakaeme.

Ibu bapa Billy sebenarnya berasal dari Laos, namun melarikan diri ke Perancis pada 1980 an untuk mendapatkan perlindungan suaka. Status Billy yang berasal dan mempunyai keturunan Laos memudahkan beliau menukar status untuk menjadi pemain naturalisasi negara tersebut.

Di Malaysia, pemain seperti Billy sama sahaja stattusnya seperti ‘pemain warisan’ di Malaysia seperti Corbin Ong, Natxo Insa, Brendan Gan, Sam Somerville dan ramai lagi.

Tiada istilah tersebut di Laos dan peraturan FIFA. Siapa pun yang menukar kewarganegaraan, statusnya adalah naturalisasi. Bezanya, ia mempunyai perturan yang lebih memudahkan.

Perjalanan karier Billy Kekeophomphone

Karier bola sepak Billy pada usia muda bersama Racing Paris, kelab divisyen ketiga Liga Perancis. Pada 2006, bakat bola sepak pemain ini terus diasah di sekolah bola sepak (akademi) Clairefontaine.

Hanya selepas setahun di Clairefontaine, bakat Billy terus dikesan oleh RC Strasbourg dan pada 2008 beliau sudah pun memperkuatkan pasukan utama Strasbourg.

Pada ketika itu, Strasbourg mengalami kesukaran, baharu sahaja jatuh daripada Ligue 1 dan turut ditimpa masalah kewangan sehingga jatuh ke divisyen ketiga hanya di dalam tempoh dua tahun.

Debut pertama Billy bersama RC Strasbourg ialah pada 1 Desember 2009 dalam perlawnan menentang SC Bastia. Beliau kemudian meninggalkan Strasbourg pada 2011 dan beraksi di Sweden bersama Sion, namun kerjaya beliau di sana tidak berapa menjadi.

PARIS, FRANCE – JANUARY 23: Billy Ketkeophomphone of Angers and Thiago Motta of PSG in action during the French Ligue 1 match between Paris Saint-Germain (PSG) and SCO Angers at Parc des Princes stadium on January 23, 2016 in Paris, France. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Ini menyebabkan beliau kembali ke Perancis, dan khidmat beliau pantas disambar oleh Tours FC – kelab Ligue 2 yang membanunkan bakat Olivier Giroud dan Laurent Koscielny.

Di Tours, Billy kembali bangkit. Beliau beraksi lebih dari 100 perlawanan dan meledak tidak kurang daripada 20 gol sepanjang tiga musim bersama kelab itu.

Ini menyebabkan Billy pantas disambar Angers yang baru memenangi promosi ke Ligue 1. Sempat eraksi bersama Dickson Nwakaeme dan Nicolas Pepe, Billy melakukan 53 penampilan dalam semua pertandingan dan menghasilkan 6 gol untuk pasukan itu.

Kecederaan sukarkan Billy

Sayangnya, pada musim kedua bersama Angers, Billy mengalami kecederaan lutut yang menyebabkan beliau tersisih begitu lama.

Sejak dari itu, prestasi beliau mulai merudum dan Billy terpaksa angkat kaku dan menyertai AJ Auxerre di Ligue 2.

Pernah mengalami kesukaran mencari kelab, Billy kemudian memutuskan beraksi bersama SO Cholet di divisyen ketiga, dan kini merupakan pemain USL Dunkerque.

Prestasi semasa pemain ini mungkin sudah tidak sama seperti apa yang pernah ditampilkan beliau 4-5 tahun lalu. Namun pengalamannya tidak boleh dipandang remeh skuad Harimau Malaya menjelang pertemuan kedua-dua pasukan esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN