‘Bijak Atau Aneh?’ – Barcelona Selit Klausa Pelepasan £84 Juta Untuk Kontrak 6 Bulan Dani Alves

Adakah ia tindakan bijak atau aneh? Barcelona dilaporkan telah menyelitkan klausa pelepasan berjumlah £84 juta (bersamaan RM472 juta) di dalam kontrak Dani Alves.

Perkara itu didedahkan oleh stesen radio RAC1, dan ianya dianggap aneh kerana kontrak pemain itu dengan gergasi Catalan tersebut hanya selama enam bulan dan Alves akan berusia 39 tahun pada ketika itu.

Pendedahan mengenai butiran kontrak Alves menjadi tular dan mulai menjadi perbualan ramai pada malam beliau disahkan kembali ke Nou Camp.

Alves kembali sebagai pemain Barcelona, diperkenalkan di stadium sama ketika menjadi pemain pertama yang dibawa masuk oleh Pep Guardiola 13 tahun yang lalu.

Kini beliau menjadi pemain pertama dibawa masuk oleh pengendali baharu, Xavi Hernandez yang juga merupakan bekas rakan sepasukan di Barcelona era Guardiola.

Butiran kontrak

Walaupun pada usia 39 tahun, Dani Alves telah membuktikan dirinya masih merupakan sebagai salah seorang bek kanan terbaik dunia.

Sepanjang karier sebagai pemain bola sepak, Dani Alves telah meraih 43 medal kejuaraan di pelbagai pertandingan kompetitif di peringkat kelab dan antarabangsa.

Kehadiran Dani Alves diharap bukan sahaja mampu mengubah dan membentuk mentaliti pemain sedia ada. Dani Alves juga diharap oleh Xavi mampu mengembalikan gaya bermain Barcelona yang telah hilang serta menjadi pemimpin di bilik persalinan.

Dengan kemampuan yang ada, pemain seperti Dani Alves boleh sahaja beraksi dengan mana-mana pasukan utama di seluruh eropah. Namun beliau memilih untuk kembali ke Barcelona untuk mengembalikan zaman kegemilangan kelab tersebut.

Ini menyebabkan beliau sanggup menerima gaji yang rendah, dilaporkan sekitar Є155,000 untuk keseluruhan kontrak (nilai setahun).

Pelik tetapi tindakan bijak dari Barcelona?

Walaupun hanya diberikan kontrak selama enam bulan, Barcelona mempunyai sebab tersendiri untuk menyelitkan klausa pelepasan yang dilihat ramai sebagai tidak munasabah.

Jelas sekali Barcelona enggan kelab-kelab lain melakukan rundingan ‘pintu belakang’ sekaligus mengubah fikiran Alves untuk beraksi bersama pasukan lain.

Ini kerana walaupun sudah menandatangani kontrak bersama Barcelona sehingga ke penghujung musim, Alves hanya boleh beraksi untuk Barcelona mulai Januari hadapan selepas pintu pendaftaran pemain dibuka semula.

Selain daripada membenarkan Barcelona untuk mendaftarkan pemain baharu pada ketika itu, jendela perpindahan yang dibuka di Eropah pada Januari akan datang sebenarnya turut membenarkan Alves menyertai pasukan lain.

Dengan kontrak hanya selama enam bulan, dan merupakan pemain dengan gaji terendah di La Liga (disebabkan syarat kewangan perlu dipatuhi Barcelona), Alves dengan sewenang-wenangnya boleh menebus kontrak sedia ada untuk menyertai pasukan lain pada Januari jika beliau berhasrat berbuat demikian.

Untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, Barcelona dianggap bijak meletakkan klausa bernilai £84 juta juta untuk melindungi kepentingan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN