Bibi Ramjani Hantar Borang Bertanding Presiden KAFA, Tidak Letak Syarat Khas!

Pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu, Bibi Ramjani Ilias Khan antara nama baru yang dikaitkan dengan jawatan Presiden KAFA.

Pemilihan Presiden KAFA akan dilangsungkan pada 17 September ini. Sebelum ini, seorang lagi usahawan wanita, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman @ Datuk Seri Vida juga memberikan isyarat bahawa beliau mungkin akan bertanding.

Bibi Ramjani memberitahu media yang beliau sudah mendapatkan ‘restu’ daripada bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa untuk bertanding kali ini.

Menurut Bibi Ramjani lagi, Tan Sri Annuar Musa wajar untuk dihormati kerana banyak berjasa kepada bola sepak Kelantan selama ini. Dipetik daripada sumber MStar Online, Bibi Ramjani berkata:

“Kalau kita nak masuk rumah orang, kita kena bagi salam dahulu. Jadi saya WhatsApp Tan Sri memaklumkan mengenai hasrat saya sebelum buat keputusan untuk bertanding. Saya mahu satu persaingan yang sihat.”

“Beliau balas, “Molek benar… seleke la” (eloklah silakan). Sekurang-kurang saya rasa berpuas hati untuk meneruskan hasrat itu sebab saya dah tanya tuan rumah asal.”

Sebagai rekod Desa Murni yang dimiliki beliau pernah menjadi penaja skuad The Red Warriors pada 2013. Beliau sudah menghantar borang pencalonan pada Rabu.

Beliau sudah bersedia sepenuhnya sekiranya diberikan mandat untuk menguruskan KAFA. Selain daripada membantu meningkatkan prestasi pasukan Kelantan, Bibi Ramjani juga mahu menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu bola sepak Kelantan.

Beliau akan cuba melobi rakan-rakan usahawan beliau untuk menaja pasukan Kelantan. Beliau menambah lagi:

“Saya akan cuba mencari rakan-rakan niaga yang lain untuk bantu memajukan bola sepak Kelantan. This is Kota Bharu.”

Berbeza dengan Datuk Seri Vida, beliau tidak meletakkan syarat khas sekiranya beliau terpilih menerajui KAFA.

Sumber

MStar Online – http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/09/06/bibi-restu/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN