Biarpun Lee Tuck Kembali, Mata Tertumpu Kombinasi Dechi Marcel-Habib Haroon

Terengganu FC 2021 Habib Haroon Dechi Marcel gerakan gol

Bekas kapten Terengganu FC, Lee Tuck yang dipinjamkan Sri Pahang bukanlah tarikan, tetapi kombinasi menarik Dechi Marcel dan Habib Haroon yang telah jadi tumpuan.

Mungkin ramai beranggapan kembalinya Lee Tuck bakal menjadikan beliau watak utama pasukan, tetapi selepas tiga aksi pemanas badan, tampak jelas sebab beliau dilepaskan pengendali pasukan, Nafuzi Zain pada penghujung musim lalu.

Lee Tuck adalah ‘wajah’ buat Terengganu sepanjang tiga musim bersama mereka. Beliau merekodkan 4, 278 minit permainan dan meledak 15 gol dalam saingan Liga Super. Namun, untuk musim ini, beliau telah dilepaskan, memaksanya berhijrah.

Adakah Lee Tuck akan menjadi tonggak utama? Nampak seperti ia tidak berlaku setakat ini. Walaupun dikatakan mungkin mudah untuk menyesuaikan diri dengan permainan Sang Penyu, kita mungkin bakal dikejutkan dengan ‘ketiadaannya’.

Dechi Marcel adalah watak tempelan ketika Terengganu bergelut dengan kekurangan tenaga import selepas Petrus Shitembi mengalami kecederaan yang memaksanya dipinggirkan untuk semusim. Aksinya setakat ini tidaklah mengecewakan.

Dijangkakan akan diturunkan pangkat ke TFC II dengan kehadiran pemain import baharu, Habib Haroon, namun gandingan mereka di jentera tengah seolah-olah menghadirkan sinar baharu buat skuad yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu.

Terengganu telah melalui tiga aksi persahabatan sebelum saingan Liga Super kembali dengan dua kemenangan dan satu kekalahan. Mereka kalah 0-2 kepada Penang FC sebelum menang 3-0 ke atas PDRM FC dan 4-0 ke atas Kelantan United.

Pemain sayap, Faisal Halim meledak dua gol, diikuti Jordan Mintah, Rahmat Makasuf, Hakimi Abdullah, Habib Haroon dan Dechi Marcel masing-masing meledak satu gol.

Terengganu FC 2021 Habib Haroon Dechi Marcel
Kedudukan kedua-dua pemain dalam perlawanan. FOTO: TFC TV
Terengganu FC 2021 Habib Haroon Dechi Marcel gerakan gol
Gerakan antara kedua-dua pemain yang menghasilkan gol. FOTO: TFC TV

Jika dilihatkan ketiga-tiga perlawanan, terutamanya dalam dua kemenangan yang mereka raih, kombinasi antara Dechi Marcel dan Habib Haroon boleh dikatakan mencuri tumpuan, walaupun memiliki peranan yang berbeza di atas padang.

Berdasarkan rakaman aksi yang telah dilalui, Habib Haroon dilihat akan berada di posisi tengah bertahan dalam membantu benteng pertahanan, sementara Dechi Marcel akan bergerak lebih ke atas dalam merencana asakan ke kubu lawan.

Dan adakalanya kita dapat melihat kombinasi hantaran antara kedua-dua pemain ketika asakan cuba dibina daripada bawah dan keserasian mereka jelas terlihat, walaupun Terengganu banyak bergantung kepada pemain sayap yang pantas.

Keberkesanan hantaran jauh Habib Haroon ditambah dengan rembatan deras Dechi Marcel menambah rencah buat Nafuzi Zain dalam mengatur percaturannya nanti.

Selain itu, kedua-dua pemain boleh saling bertukar-tukar peranan sebagaimana yang berlaku ketika Habib Haroon meledak gol berdepan PDRM. Beliau naik ke atas dan bertukar hantaran dengan Dechi Marcel seterusnya meledak gol jarak jauh.

Menurut pengurus pasukan, Zulfadli Rozi berkata, aksi persahabatan itu memberi pengalaman berharga buat semua pemain skuad Penyu selain barisan jurulatih dapat menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada.

Bercakap kepada Berita Harian, ungkap Zulfadli, “Selepas tiga aksi persahabatan itu, jurulatih sudah nampak barisan pemain yang bakal disenaraikan nanti, maknanya mereka mempunyai banyak pilihan tapi bukannya terlalu yakin.”

“Malah, pemain pun bagaikan tidak sabar dan sudah bersedia sepenuhnya lebih-lebih lagi selepas hampir dua bulan menjalani latihan secara ‘camp based training’,” ulasnya sambil memaklumkan mereka bebas daripada senarai kecederaan.

Ini bakal membantu Nafuzi Zain dalam membentuk skuad ampuh ketika membuka kembali saingan berdepan pasukan berwajah baharu, Perak FC pada 24 Julai.

Baca lagi artikel lain mengenai Terengganu FC:

Lee Tuck Dipilih Kerana Sudah ‘Masak’ Cara Nafuzi, Adakah Sanjar Juga Akan Kembali?

Pasrah Jika Piala AFC Dibatalkan, Terengganu Akan Berjuang Untuk Layak Tahun Depan

Liga Super: Rekod Tanpa Kalah JDT Di Stadium Sultan Ibrahim Lebur Di Tangan Terengganu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN