Beto Goncalves: Datang Ke Stadium Beri Sokongan Buat Pasukan, Bukan Cari Masalah

Beto Goncalves

Penjaring gol Indonesia pada perlawanan bertemu Malaysia semalam, Beto Goncalves nyata kecewa dengan apa yang berlaku pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam tadi.

Penyerang berusia 38 tahun itu dua kali berjaya menggamatkan segenap ruang Stadium Utama Gelora Bung Karno pada babak pertama selepas percubaannya berjaya menewaskan Farizal Marlias di gawang gol negara.

”Perkara seperti itu tidak boleh berlaku. Kita sama-sama manusia dan mereka [Malaysia] hanya berbeza negara. Kita perlu untuk menghormati mereka.”

”Sekiranya kita bermain disana [Stadium Nasional Bukit Jalil] dan mereka melakukan perkara yang sama, bagaimana dengan kita? Saya sedih dengan perkara itu.”

”Saya berharap kita dapat mengubah mentaliti, kita datang ke stadium untuk memberikan sokongan buat pasukan. Bukannya untuk melakukan masalah dengan penyokong lain [pasukan lawan],” jelas Beto yang mengulas mengenai insiden tersebut menerusi video yang dirakam Bolasport.

Beto Goncalves yang pernah beraksi untuk pasukan Pulau Pinang pada musim 2015 turut mengakui bahawa kekecohan sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan mengganggu fokus pasukan.

”Ya, kerana kita sudah fokus terhadap perlawanan itu [malam tadi], tiba-tiba ada masalah begitu yang membuatkan kita ‘down’. Kita seharusnya buat mereka [penyokong] lebih tenang, tetapi kejadian yang berlaku tadi membuatkan kami hilang fokus. Saya juga merasakan begitu dan kita hilang fokus.”

Kredit foto: ANTARA FOTO/Sigid Kurniawan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN