Bersama JDT, Safiq Rahim Capai Impian Beraksi Di ACL

Safiq Rahim

Biarpun sudah berusia 33 tahun, namun ianya masih belum terlambat untuk pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim untuk mencapai impiannya beraksi di peringkat tertinggi saingan kelab-kelab Asia.

Menurut mantan pemain kebangsaan itu, Safiq berkata beraksi di saingan AFC Champions League (ACL) ini merupakan mimpi yang menjadi realiti buatnya.

Dan tambah beliau, sudah lama dirinya mengidam untuk beraksi menentang jaguh-jaguh Asia yang lain!

“Bertanding di saingan AFC Champions League adalah impian yang menjadi kenyataan buat saya.”

“Ianya adalah satu perkara yang amat saya mahu lakukan dalam karier kelab saya dan ini akan menjadi yang pertama,” kata Safiq menerusi laman rasmi AFC.

Tambah Safiq lagi, beliau mahu berikan yang terbaik buat pasukannya kerana ini adalah salah sebuah detik terindah dalam kariernya.

“Ini akan menjadi salah sebuah detik terbaik buat saya kerana ianya adalah kejohanan tertinggi bagi kelab-kelab Asia.”

“Saya harap saya akan berikan yang terbaik untuk pasukan terutamanya buat bos saya [Tunku Mahkota Johor], JDT, dan berharap kami akan dapat peroleh apa yang kami mahukan dalam saingan kali ini.”

JDT diletakkan dalam kumpulan G bersama-sama wakil Jepun, Nagoya Grampus, Pohang Steelers (Korea Selatan) dan Ratchaburi (Thailand).

Safiq menganggap kesemua pasukan di dalam kumpulan G adalah hebat-hebat dan ianya memerlukan prestasi yang cemerlang dari JDT untuk memperoleh sesuatu daripada ketiga-tiga lawan mereka.

Baca juga artikel kami mengenai Safiq Rahim:

JDT Hantar Safiq Rahim Ke Melaka United?

Ini Komen Benjamin Mora Tentang Kemenangan, Safiq Rahim & 2 ‘Aset’ Baharu

Kelibat Syafiq Ahmad, Safiq Rahim Antara Yang Curi Tumpuan Penyokong JDT

Sumber:

Leave a Reply