Bernardo Silva: Peluang Man City Juarai UCL Tak Semudah Disangka

Bernardo Silva

Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva beranggapan meskipun kelab-kelab ternama Eropah seperti Liverpool, Real Madrid dan Juventus sudah tersingkir daripada persaingan, peluang untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20 masih lagi tidak semudah yang disangka.

Sehubungan dengan itu, Silva mahu The Cityzens melupakan pasukan-pasukan tersebut dan melihat semua pasukan yang masih bersaing di peringkat kalah mati ini berpeluang untuk muncul juara piala paling berprestij di Eropah itu.

Manchester City yang terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut mengubat kekecewaan tersebut dengan kejayaan menundukkan Real Madrid pada peringkat 16 tempoh hari.

Menang 2-1 di Santiago Bernabeu sebelum wabak COVID-19 melanda, skuad bimbingan Pep Guardiola itu mengulangi keputusan yang sama di Etihad untuk melangkah ke suku akhir dengan agregat 4-2 dan bakal menanti wakil Perancis, Lyon.

”Segalanya boleh berlaku. Juventus disingkirkan oleh Lyon. Kita telah melihat banyak kejutan dalam pertandingan ini sejak beberapa tahun lalu,” ujar Silva menurut laporan Goal.

”Kami tewas di tangan Tottenham pada aksi suku akhir tahun [musim] lalu. Ia sangat sukar untuk meramalkan permainan dan keputusan dalam pertandingan ini.”

”Faktanya ialah Liverpool [juara bertahan] telah tersingkir, Real Madrid juga sudah terkeluar, itu tidak akan membuat jalan kami menjadi lebih mudah. Itu adalah pemikiran yang salah.”

”Kami perlu menghadapi satu perlawanan ke satu perlawanan, menjadi sangat fokus, mengetahui bahawa setiap perlawanan akan menjadi sangat sukar.”

”Kesemua pasukan yang berada di Lisbon adalah kerana mereka benar-benar layak. Kami perlu berada di tahap terbaik untuk memenangi perlawanan dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir,” tambah Silva lagi.

Manchester City akan berdepan Lyon pada 15 Ogos nanti dan sekiranya melepasi cabaran tersebut, mereka akan menghadapi pemenang di antara Bayern Munich dan Barcelona di separuh akhir.

Kredit featured image: Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Bernardo Silva:

https://semuanyabola.com/vincent-kompany-percaya-bernardo-silva-berpotensi-jadi-kapten-manchester-city/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN