‘Berkorban Apa Saja’ – Mintah Akui Tumbangkan Selangor Dalam Keadaan Sakit

Jordan Mintah

Penyerang Terengganu, Jordan Mintah menyifatkan pengorbanannya menahan sakit susulan kecederaan siku demi Piala Malaysia berbaloi apabila berjaya meledak dua jaringan dalam aksi menentang Selangor tempoh hari.

Mintah masih belum cergas 100% ekoran kecederaan yang dialami bahkan rasa sakit masih lagi dirasai ketika beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang menyaksikan skuad kendalian Nafuzi Zain itu meraih kemenangan 3-1 ke atas Selangor.

Namun, penjaring terbanyak Liga Premier ini tidak menjadikan kecederaan sebagai halangan besar untuk menjadi tulang belakang pasukan selepas berjaya meledak dua jaringan menerusi sepakan percuma sekali gus meletakkan Terengganu selaku juara Kumpulan B.

“Sebenarnya perlawanan tadi (Ahad) saya masih rasa sakit lagi dan belum cergas sepenuhnya sebab setiap kali kalau terjatuh memang akan rasa sakit di bahagian siku.

“Tetapi, saya tahu saya perlu berkorban untuk Piala Malaysia ini sebab saya mahu berikan apa yang penyokong mahu dan setiap kali saya di padang, saya akan lupa semua rasa sakit dan hanya fikirkan untuk beraksi sahaja.

“Gol yang dilakukan itu juga memang saya sudah lama sasarkan untuk cuba buat menerusi sepakan percuma, jadi setiap kali ada sepakan percuma, saya memang nak buat dan tidak sangka malam ini (Ahad) ia berhasil untuk memberikan dua gol kepada pasukan”, jelasnya.

Dalam pada itu, Nafuzi cukup berbangga atas pencapaian anak buahnya yang berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah untuk memberi kemenangan kelima berturut-turut buat pasukan.

Namun, beliau menegaskan misi untuk membawa pulang trofi Piala Malaysia masih lagi jauh dan mahu barisan pemain fokus satu persatu untuk memastikan mereka mampu melangkah ke pentas final pada musim ini.

“Alhamdulillah syukur untuk tiga mata di tempat lawan dan menentang Selangor kita tahu bukan mudah, jadi saya betul-betul berbangga dengan pemain terutamanya dengan aksi mereka daripada awal permainan sampai habis.”

“Untuk masa sekarang, saya belum di tahap untuk membawa piala lagi, sebab kita masih di peringkat awal dan layak ke suku akhir, jadi seterusnya adalah untuk melepasi suku akhir pula, jadi saya sasarkan kita fokus satu persatu dahulu.

“Malam ini (semalam) walaupun ada beberapa pemain tidak dapat beraksi seperti Lee Tuck, Carli de Murga, tetapi pemain lain mengikut arahan yang diberi, lakukan tugas masing-masing dan betul-betul membantu antara satu sama lain.

“Yang penting lepas ini kita kena menang juga dengan Kuching City untuk kita jaga rekod kemenangan berterusan”, katanya.

Dengan kemenangan semalam meletakkan Terengganu di tangga teratas Kumpulan B dengan 15 mata diikuti Selangor dengan 9 mata untuk layak ke pusingan suku akhir.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan berlangsung pada Selasa dan Rabu ini menyaksikan Terengganu akan menentang Kuching City FC dan Selangor pula akan berdepan Perak FC.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN