Adakah Konsep Berkongsi Rumah Mampu Memberikan Kerjasama di Padang?

5 pemain Yeovil Town ini berkongsi rumah. Pemain tersebut ialah Alex Lacey (kiri), Ryan Dickson, Otis Khan (tengah), Omar Sowunmi dan Ben Withfield (kanan).

Cuma Ben Withfield sahaja pemain pinjaman daripada Bournemouth. Otis Khan menyertai Yeovil ini secara percuma daripada Barnsley pada awal musim ini.

Tugasan bersama

Tinggal di rumah bersama bermakna anda mesti melakukan tugas dengan bersama! Ini termasuk membuang sampah, memasak dan sebagainya.

Pastinya anda pernah melalui pengalaman yang sama ketika anda duduk bersama-sama rakan-rakan di rumah bujang?

Untuk pemain bola sepak, mereka juga akan melakukan perkara yang sama bersama-sama. Melalui kehidupan seharian, susah dan senang bersama.

Ini adalah tanggungjawab sosial yang berlaku kepada mereka.

Kesan daripada kerjasama di rumah

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan kelab Inggeris menerapkan semua pemain makan bersama-sama selepas latihan.

Konsep yang sama ditegaskan oleh Pep Guardiola yang melarang Zabaleta dan Sagna untuk makan tengah hari bersama isteri mereka ketika sesi pasukan.

Tujuan utamanya adalah untuk mengeratkan semangat dan hubungan di dalam pasukan. Ini akan mempengaruhi semangat di dalam padang.

Dalam konsep perkongsian rumah, ia biasanya digalakkan ketika pemain masih remaja.

Kesannya pada sekitar Disember 2016, Yeovil Town tidak kalah dalam 8 perlawanan terakhir mereka.

Walaupun selepas itu mereka tewas dengan Barnet dan keputusan perlawanan menjadi tidak berapa baik. Yeovil Town terumbang-ambing di League Two.

Kini, Yeovil berada di kedudukan ke-16 dalam carta League Two.

Namun salah satu sebab mereka over-perform adalah kerana pemain-pemain muda ini yang ada semangat brotherhood yang tinggi.

Baca juga: Inspirasi Jeremy Perbet, Pemain 32 Tahun Yang Mengejutkan Spurs!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram